http://www.emailcashpro.com

Tuesday, August 31, 2010

Aku memang dah kena badi. Di mana sesiapa yang rapat dengan aku, tak boleh tipu aku. Sebab akan kantoi hidup. Bukan melalui orang, tetapi nampak dengan mata sendiri. Ok ini memang fuck.

Bila kantoi hidup, aku tak menangis. Tapi angin dalam dada macam ribut taufan. Sekali dengan rumput gulung gulung tu. Kau tahu?

I bukan dibadi oleh orang yang berdaulat. Kau memang silap besar. Kalau kau kata ini hukum karma, aku tak kisah. Sebab aku sudah tenang sekarang. Dengan kau mendapat yang lebih baik dari aku. Itu sudah cukup. Kau mahu membenci teruskan, aku tak kisah. Aku memang mengharapkan kau dapat yang terbaik, dari aku yang hanya sampah.

Aku memang emosi lah sekarang ni :(
Fuck.

Aku memang perlu mencarut.

Bila sampai satu masa, adik aku dimarah tetapi dia buat bising lagi. Dengan menukar topik lain, cuba untuk tidak dengar bahawa dia dimarah. Kalau engkau orang dalam keadaan aku, kau sebak tak? Boleh tak kau gambarkan bagaimana perasaan aku masa itu?

Aku gelak-gelak. Terkinja-kinja. Tapi ada orang tahu, betapa peritnya hati ini. Betapa seksa dalam keadaan yang menyedihkan. Ada orang ambil kisah? Sekejap. Kemudian? Diri sendiri yang perlu ambil kisah diri sendiri.

Boleh kau tahu, bagaimana adik engkau dalam keadaan yang memerlukan orang tetapi asyik dimarah. Selalu meminta itu-ini hanya kerana ingin bahagiakan diri sendiri. Kita pula asyik marah-marah.

Fuck.

Aku dalam keadaan depresi paling teruk sekarang ni. Sebabnya aku dah mula berfikiran, mahu melangkah kaki.

Susah. Betul-betul susah.

Fuck.

Asyik aku menadah muka yang gembira. Asyik aku menadah hati. Asyik aku, asyik aku, asyik aku. Ada orang nak fikir pasal aku ke? Ada orang nak fikir masalah aku ke? Ada orang cuba nak bahagiakan aku ke? Ada? Ada tak?

Aku sanggup buat apa saja, untuk keluarga. Sebab kerana keluarga, aku sanggup tinggalkan semua. Sebab keluarga, aku sanggup gadaikan kebahagiaan sendiri.

Fuck.

Babilah, bagilah aku peluk ke apa. Cakaplah sayang ke apa. Bagilah benda yang aku suka ke apa. Aku tak minta apa, cuma minta kau faham dan dengar.

Monday, August 30, 2010

Aku memang selfish. Tapi aku tak sepatutnya rasa macam ni. Rasa macam dunia melayang. Rasa macam dah berputus asa.

Jerk.

Aku tak sepatutnya rasa macam ni. Aku patut lebih memahami. Dan cukup dengan kesabaran aku memahami.

Itu sebabnya susah jika keluarga sudah menaruh harapan, dan mula rasa sayang pada orang asing. Orang asing itu bukan hak milik kita, dia adalah hak milik keluarganya. Bukan untuk aku dan keluarga aku.

Sebab itu susah kalau bergantung pada kasih sayang orang asing.

Jerk sekali lagi.

Bila orang asing itu tidak memenuhi kehendak, mula lah mata sudah berlopak dengan air mata. Kemudian kepala berpinar, macam mana nak cakap dengan keluarga.

Jerk untuk kali kedua.

I shouldnt feel like this way, right?

Susah kalau jadi perempuan brutal, tapi hati tisu.

Sunday, August 29, 2010

Choose me

Entah kenapa kebelakangan ini, aku begitu teruja ingin tahu tentang sikap dan perwatakan lelaki. Lelaki amat menarik.

Aku baru lepas menonton 'he just not that into you'. Membuatkan hati aku bertambah sakit, apabila hakikatnya sudah ada depan mata, tetapi kita cuba menyelamatkan. Contohnya apabila kita sudah berkahwin, tetapi tidak bahagia. Tidak bahagia walaupun kita sudah melakukan seks.

Barulah aku tahu. Bila lelaki dah lama tak mahu bersetubuh dengan pasangan, maknanya dia sudah tidak ada selera dan dia bersetubuh dengan perempuan lain. OK-INI-PALING-AKU-SENTAP.

Kenapa tiba-tiba aku rasa nak sentap ni? -_______-"

Betul lah. Bila kita tak bahagia, memang sudah tidak boleh buat apa. Sakit macam mana pun, kena juga teruskan kehidupan. Cuba lakukan perkara yang kita cuba elakkan. Cuba lakukan perkara yang kita inginkan dan tidak dihalang dan cuba untuk menipu.

Nasib baik aku bukan jenis perempuan yang membebel. Kan baby kan? (baik jujur!)

Aku suka dengan kasih sayang. Salah satu benda yang aku minta, dan paling sukar untuk orang berikan ialah HAPPINESS. No one can give me that. No one, no one, no oneeeee.... (nyanyi macam Alicia Keys)

Aku berikan kebahagiaan di atas benda yang aku ingin orang lakukan terhadap aku.

Aku nak jadi gadis brutal, tapi manja dan gedik. Aku nak jadi gadis berdikari, tapi masih lagi bergantung pada kekasih. Aku nak jadi gadis yang dilayan seperti permaisuri, tetapi aku suka menjadi 'lelaki gentlemen'.

Wa laki babe. Wa boleh buat lu bahagia kalau jadi balak wa. Sebab wa jadi 'laki' lu, tahu tak tu? (kenyit mata)

Percaya tak, kalau aku duduk seorang di kedai makan, berkemungkinan aku akan mendapat paling banyak tiga nombor lelaki. Sebab aura mengorat aku paling tinggi berbanding kebanyakan perempuan. Lelaki yang bagi number, bukan aku yang bagi. Haaaaa, kan aku dah cakap. Aku yang jadi 'lelaki' tau.

Ok stop bullshit.

Antara hari shopping paling best

Ica kata "kau ni shoppaholic"

Ok, tak pasal-pasal kena debik macam tu. Sebab mungkin aku beli tiga pasang kasut hari ini, dengan lima tops dan satu shades. Itu bukan shoppaholic, kalau ada duit di tangan sendiri. Betul tak?

Paling best bila guna duit sendiri (sedangkan papa yang bank in kan). Duit sendiri juga lah tu kan (jelir lidah).

Sebenarnya aku baru terjaga dari tidur, which men dalam keadaan aku sedang menggaru-garu. Bila cuba untuk tidur balik, memang haru. Sebab hidung dah tersumbat. AKU-TAK-SUKA-RESDUNG :(

Orang baik selalu cakap, kalau kita tak suka dekat orang, sepuluh orang akan tak suka dekat kita balik. Orang tak kisah cakap, buat hal sendiri. Dulu aku boleh terima, tapi memandangkan dah terlampau ramai dan melampau membuatkan aku jelik.

Aku senang dengan kaum macam ni, tapi kalau kau sebutkan tentang agama dan Tuhan, membuatkan kau diketawakan. Sebab gambar kau tidak menunjukkan akal kau. Itu antara kau dengan Tuhan, tetapi...(macam mana aku nak cakap sebenarnya) Aku dah tak suka.

Friday, August 27, 2010

Aku tak beli lagi baju raya. Sebab modd dah potong dengan _)@&(*$%R&%*#&#_)*#$

The Expendebles, memang terbegini. Jalan cerita biasa, tapi action power. Paling best bila semua otai-otai berkumpul dalam satu filem. Cuba teka pelakon mana yang paling mahal dalam filem ni? Jeng-jeng-jeng. Bruce Willis. Hanya keluar satu secene sahaja. Tapi dibayar sebanyak 18 million. Kalau Malaysia keluar satu scene, 500 sahaja -.-

Step Up 3, seronok. Dari segi tarian memang gempak, tapi jalan cerita pun biasa. Adam Sevani tetap comel, dan tetap di hati aku. Jon M Chu, awak memang tak buat saya kecewa. Editing pun best.

Tak sabar nak tunggu lepas raya. Sebab apa tau? Sebab nak tengok aku turun berat atau naik berat.

Monday, August 23, 2010

Raya tak lama lagi

Tadi baru lah merasa nikmat perut kempis, setelah beberapa hari tak berak. Fuyoooooo. Memang wa lega lah.

Sabtu balik, makan besar kat kampung. Atok tak pernah bosan nak melayan kerenah mengada-ngada cucu-cucu dia, terutama cucu kesayangan dia ni (senyum gedik). Pergi bazaar Ramadhan, memang satu pembaziran. Tapi air tebu dia terbaik. Murtabak terbaik. Karipap terbaik. Ayam percik. Ayam golek Apa benda yang ada kat Bentong, semua terbaik kalau bab makanan. Kalau tak percaya, nanti ikut aku balik kampung nak? (angkat-angkat kening)

Wan pandai pancing dengan masak sambil tumis udang petai. Tambah lagi dengan gulai rebung. Tambah lagi dengan sup ekor. Mana tak perut aku mampat! Dah lah tak boleh nak berak.

Balik rumah, ingat boleh biar perut ni bernafas. Rupanya tidak. Semalam buka di Chilis. Kali ni habis. Sup dia terbaik. Ada Ramadhan special. Semalam jalan-jalan KLCC tak ada benda yang best. Minggu depan aku kena juga belanja di kota raya.

Aku rasa aku dah jadi superwoman, sebab aku tak pernah bersabar macam ni sekali. Punyalah hebat. (tepuk tangan gemuruh)

Saturday, August 21, 2010

Do I look pathetic?

Salah satu benda yang aku belajar.

Kalau diri sendiri tak bahagia, macam mana nak bahagiakan orang?

Aku tersepit. Dengan perasaan sendiri.

Hari ini adalah antara hari paling FUCKED UP. Itu sahaja yang aku mampu katakan.

Betul-tak-tipu. (goyang goyang jari telunjuk ke kiri ke kanan)

Untuk sekarang aku perlukan masa untuk diri sendiri. Sebab AKU DAH SAKIT JIWA.

Tunggu masa nak masuk hospital gila ni.

Senyum lebar.

Tuesday, August 17, 2010

Balik kampung woh woh woh, balik kampung!!

Kenapa aku begitu excited nak balik kampung ni? Sebabnya tak sabar nak garu tangan ni dengan rakus. Sebabnya tak sabar nak serang baju-baju yang aku dah nampak. Terbeliak mata aku bila melihat baju-baju yang aku nak, lagi-lagi dengan harga yang memang aku boleh beli borong. Ok ini tak tipu 0.O

Dalam banyak-banyak sem, sem inilah yang paling best, sebab setiap minggu aku balik. Balik pun bersebab, kalau tak ada sebab memang tak balik. Sebab family. Kecing-kecing-kecing (angkat-angkat kening)

Walaupun aku dah tahap sakit jiwa, tapi wa maintain babe. Tak ada hal punya. Wa masih boleh gelak-gelak, buat lawak bodoh, huru-hara dan etc. Wa masih comel meh. Olang comel, kena maintain cute. (gelak besar tak berbunyi)

Aku memang poyo.

Gambar berkaitan, sebab aku betul rindu dengan mama Firah :( jauhnya awak kat blok 1. Kalau tak boleh selalu lepak. Kalau tak malam-malam mesti saya datang rumah awak. Sembang-sembang, 'screening', buat task, tidur, tumpang mandi dan bla-bla-bla.

Wa nak layan Drumline ni.

Sunday, August 15, 2010

Bodoh punya orang

Starjump

hyep

11:43amMe

hello

11:44amStarjump

u r sexy larr

11:44amMe

haha babis

kau kat mana ni

11:44amStarjump

bilik

sorang2 je

hehehe

11:45amMe

weh sorang sorang mesti tengah makan kan?

hahaha

11:45amStarjump

xlarr...

tgh

buat

hehhee

11:45amMe

buat apa?

11:46amStarjump

malu laa nk cakap

i buat sebab terpakse

hmm...

onani larr...

u geli eyh??

-------------------------------------

Mati-mati aku ingat dia member. Sebab tu aku panggil babi. Rupa-rupanya orang yang dah ada awek manis pakai tudung tapi masih sangat nak buat seks dengan perempuan lain. Ini lah contoh lelaki yang berperangai )(^#)*%$)*!*)&(. Aku tak boleh puasa, sebab tu boleh mencarut.

Saturday, August 14, 2010

Tak terlambat

Selamat menyambut Ramadhan. Puasa pertama dapat berbuka dengan loverboy dan rakan-rakan walaupun pada mulanya terasa nak jentik telinga loverboy kerana menaikkan darah kemarahan aku. Kemudiannya, sejak itu selalu sahaja aku membuat panggilan kepada mom dan adik adik di rumah.

Ramadhan kali ini berbeza. Apatah lagi raya yang bakal menjelma. Sudah tentu semua akan jadi lain dan berubah serta merta. Aku sebenarnya lebih suka pong pang lama lama di Bentong dari Rembau. Sebab aku boleh geng dengan wan dan atok. Aku kan cucu kesayangan (senyum lebar nampak gigi)

Aku rasa aku makin comel (biarlah aku nak perasan)

Aku cakap dengan mom yang raya tahun ni malas nak beli baju kurung lip-lap-lip-lap. Nak beli baju kurung cotton 4 helai je. Sebabnya, aku jealous tengok member aku ada baju kurung cotton. Dan bila aku pakai baju kurung cotton, aku rasa lagi bertambah comel.

Tadi masa buka puasa, banyak gelak ketawa dengan loverboy dari semalam. Semalam hujan lebat sama dengan emosi loverboy dan menyebabkan aku murung bila berbuka di rumah budak-budak gila (Faliq, Mamu, Epul EK, Boy). Balik pun tak salam diaorang. Aku rasa aku memang biadap -.-

Tapi tadi loverboy tebus dengan conversation yang macam gampang. Serius kali ini, aku luah macam-macam dengan gurau kasar, dan perli kemudian gelak. No hard feelings.

Borak-borak-minum-minum-borak-borak-kena gigit nyamuk. Sampai pukul 9, aku dan loverboy tak berganjak dari kedai makan Puncak tu.

Sekarang ni dalam mood nak tahu tentang Dajal, kemudian nak buat Jogho -______-"

Aku memang comel.

Monday, August 9, 2010

--nota--

Kegembiraan semua sekejap. Untuk aku. Bila duduk seorang,mula lah kepala berimaginasi mempunyai hidup yang lebih sempurna. Mempunyai rumah yang comel, tapi sweet. Mempunyai rumah tepi pantai. Lepas tu boleh mandi laut selalu, sebab aku suka laut.

Semuanya berimaginasi. Untuk buat aku gembira. Aku hidup dalam bayangan. Aku hidup dalam angan-angan. Buat seperti biasa.

Bila orang cari pasal, mula lah aku akan melenting sebab aku dah dibebani dengan masalah. Kenapa kau perlu beban aku lagi?

Aku dah cukup terbeban dah ni. Tolong jangan bebani dengan masalah yang lain.

Cuba faham bahawa aku hanya inginkan perhatian. Bukan banyak pun, cukup sekadar tanya khabar, apa aktiviti aku hari ini. Perempuan memang suka dengan benda yang remeh.

Weh, aku sebenarnya tak happy lah. Orang yang faham aku sahaja, yang akan selalu ajak aku keluar.

Sunday, August 8, 2010

Usahlah bergaduh

Hanya kerana seorang memberi pendapat, kemudian ada pihak yang tercuit mula lah bergaduh.

Pendapat, bukan untuk menjatuhkan. Aku juga mengatakan bahawa Dilema Panggung seperti barai. Itu dari sudut pandangan aku. Kalau tak suka, aku tak suka. Dah memang barai nak buat macam mana.

--tatapan--

Memandangkan Rabu minggu depan puasa, jadi aku mengambil peluang untuk mengajak keluarga makan besar (bukan aku yang belanja lah) Makan di Chilis, Bangsar.
Chilis sahaja tempat kegemaran kami.

Second choice adalah Barbillos. Hot chocolatte dia sedap. Siap ada cookies. Ok ini tak tipu tau.

Paling ai tak suka, bila muka ai jadi teruk dengan tompokan bekas jerawat warna hitam pula tu. Ai bencilah.

Saturday, August 7, 2010

Tahu mana yang lebih dan kurang.

Dalam hati ini, meronta-ronta berdoa agar dia selamat. Tak dapat menerima kehilangan.

*You, acu cakap Brinchang dengan Gunung Irau tu keras :( Bahaya pergi sana kalau tak berhati-hati. Kalau dah Navy pun hilang, takkanlah orang biasa tak boleh

Tuesday, August 3, 2010

Aku susah mahu menerima

Dan itu adalah sikap diri sendiri yang paling aku benci. Susah mahu menerima kematangan, kerana ia menyakitkan hati. Mungkin sebab aku sendiri yang mengelak, ataupun hanya untuk memuaskan kehendak sendiri?

I hate my attitude.

Sunday, August 1, 2010

How to tell you

Betul. Aku rasa serba salah. Melihat engkau dimanja dengan kata-kata manis. Melihat engkau dimanja dengan belaian dia, mentang-mentang badan dia sedap.

Betul. Aku rasa serba salah. Melihat engkau ditadah dengan janji-janji manis. Melihat engkau sentiasa update status mengatakan betapa bahagianya engkau bersama dia.

Bagaimana aku ingin beritahu pada engkau bahawa teman lelaki engkau itu adalah lelaki yang meminta tubuh dengan perempuan lain, dan engkau disimpan sebagai perempuan paling baik dan dibawa ke alam perkahwinan?

Bagaimana aku ingin beritahu?

Aku senyap dan menangis dalam hati. Kasihan melihat engkau.

--nota--

Antara cuti dua hari satu malam, yang seronok. Sempat juga naik cawan pusing-pusing di mana Aiman sengaja untuk beri kamu semua muntah free. Tapi tak sempat nak naik roller coster memandangkan hari dah hujan. Paling best bila ditutup jam 10 malam. Paling tak best, apabila dapat bilik penghujung dunia dan orang terlampau ramai disebabkan ada konsert.

Sempat juga berjumpa dengan Firah dan yang lain walaupun hanya 15 minit berbual sambil berjalan.

Ada lagi yang paling tak best (entah berapa kali paling ni) aku makan banyak, sehinggakan perut malas nak cover dah. Dan keluarga kami diberikan title koir terbaik sebab menyokong Aiman masukkan belon dalam cawan. Ok ini tak tipu.

Aku kalah dengan Aiman main game panah. Aiman dapat dua bear kecil, dan aku dapat gelak-berdekah-dekah.

Untuk sekarang ni aku malas nak bertegang urat sebab dah malas. Rasa malu sebab dimarah di hadapan kawan-kawannya walaupun bukan berdepan.