Monday, August 23, 2010

Raya tak lama lagi

Tadi baru lah merasa nikmat perut kempis, setelah beberapa hari tak berak. Fuyoooooo. Memang wa lega lah.

Sabtu balik, makan besar kat kampung. Atok tak pernah bosan nak melayan kerenah mengada-ngada cucu-cucu dia, terutama cucu kesayangan dia ni (senyum gedik). Pergi bazaar Ramadhan, memang satu pembaziran. Tapi air tebu dia terbaik. Murtabak terbaik. Karipap terbaik. Ayam percik. Ayam golek Apa benda yang ada kat Bentong, semua terbaik kalau bab makanan. Kalau tak percaya, nanti ikut aku balik kampung nak? (angkat-angkat kening)

Wan pandai pancing dengan masak sambil tumis udang petai. Tambah lagi dengan gulai rebung. Tambah lagi dengan sup ekor. Mana tak perut aku mampat! Dah lah tak boleh nak berak.

Balik rumah, ingat boleh biar perut ni bernafas. Rupanya tidak. Semalam buka di Chilis. Kali ni habis. Sup dia terbaik. Ada Ramadhan special. Semalam jalan-jalan KLCC tak ada benda yang best. Minggu depan aku kena juga belanja di kota raya.

Aku rasa aku dah jadi superwoman, sebab aku tak pernah bersabar macam ni sekali. Punyalah hebat. (tepuk tangan gemuruh)

No comments: