Sunday, August 1, 2010

--nota--

Antara cuti dua hari satu malam, yang seronok. Sempat juga naik cawan pusing-pusing di mana Aiman sengaja untuk beri kamu semua muntah free. Tapi tak sempat nak naik roller coster memandangkan hari dah hujan. Paling best bila ditutup jam 10 malam. Paling tak best, apabila dapat bilik penghujung dunia dan orang terlampau ramai disebabkan ada konsert.

Sempat juga berjumpa dengan Firah dan yang lain walaupun hanya 15 minit berbual sambil berjalan.

Ada lagi yang paling tak best (entah berapa kali paling ni) aku makan banyak, sehinggakan perut malas nak cover dah. Dan keluarga kami diberikan title koir terbaik sebab menyokong Aiman masukkan belon dalam cawan. Ok ini tak tipu.

Aku kalah dengan Aiman main game panah. Aiman dapat dua bear kecil, dan aku dapat gelak-berdekah-dekah.

Untuk sekarang ni aku malas nak bertegang urat sebab dah malas. Rasa malu sebab dimarah di hadapan kawan-kawannya walaupun bukan berdepan.

No comments: