Sunday, August 29, 2010

Antara hari shopping paling best

Ica kata "kau ni shoppaholic"

Ok, tak pasal-pasal kena debik macam tu. Sebab mungkin aku beli tiga pasang kasut hari ini, dengan lima tops dan satu shades. Itu bukan shoppaholic, kalau ada duit di tangan sendiri. Betul tak?

Paling best bila guna duit sendiri (sedangkan papa yang bank in kan). Duit sendiri juga lah tu kan (jelir lidah).

Sebenarnya aku baru terjaga dari tidur, which men dalam keadaan aku sedang menggaru-garu. Bila cuba untuk tidur balik, memang haru. Sebab hidung dah tersumbat. AKU-TAK-SUKA-RESDUNG :(

Orang baik selalu cakap, kalau kita tak suka dekat orang, sepuluh orang akan tak suka dekat kita balik. Orang tak kisah cakap, buat hal sendiri. Dulu aku boleh terima, tapi memandangkan dah terlampau ramai dan melampau membuatkan aku jelik.

Aku senang dengan kaum macam ni, tapi kalau kau sebutkan tentang agama dan Tuhan, membuatkan kau diketawakan. Sebab gambar kau tidak menunjukkan akal kau. Itu antara kau dengan Tuhan, tetapi...(macam mana aku nak cakap sebenarnya) Aku dah tak suka.

No comments: