http://www.emailcashpro.com

Saturday, August 14, 2010

Tak terlambat

Selamat menyambut Ramadhan. Puasa pertama dapat berbuka dengan loverboy dan rakan-rakan walaupun pada mulanya terasa nak jentik telinga loverboy kerana menaikkan darah kemarahan aku. Kemudiannya, sejak itu selalu sahaja aku membuat panggilan kepada mom dan adik adik di rumah.

Ramadhan kali ini berbeza. Apatah lagi raya yang bakal menjelma. Sudah tentu semua akan jadi lain dan berubah serta merta. Aku sebenarnya lebih suka pong pang lama lama di Bentong dari Rembau. Sebab aku boleh geng dengan wan dan atok. Aku kan cucu kesayangan (senyum lebar nampak gigi)

Aku rasa aku makin comel (biarlah aku nak perasan)

Aku cakap dengan mom yang raya tahun ni malas nak beli baju kurung lip-lap-lip-lap. Nak beli baju kurung cotton 4 helai je. Sebabnya, aku jealous tengok member aku ada baju kurung cotton. Dan bila aku pakai baju kurung cotton, aku rasa lagi bertambah comel.

Tadi masa buka puasa, banyak gelak ketawa dengan loverboy dari semalam. Semalam hujan lebat sama dengan emosi loverboy dan menyebabkan aku murung bila berbuka di rumah budak-budak gila (Faliq, Mamu, Epul EK, Boy). Balik pun tak salam diaorang. Aku rasa aku memang biadap -.-

Tapi tadi loverboy tebus dengan conversation yang macam gampang. Serius kali ini, aku luah macam-macam dengan gurau kasar, dan perli kemudian gelak. No hard feelings.

Borak-borak-minum-minum-borak-borak-kena gigit nyamuk. Sampai pukul 9, aku dan loverboy tak berganjak dari kedai makan Puncak tu.

Sekarang ni dalam mood nak tahu tentang Dajal, kemudian nak buat Jogho -______-"

Aku memang comel.

No comments: