http://www.emailcashpro.com

Sunday, August 29, 2010

Choose me

Entah kenapa kebelakangan ini, aku begitu teruja ingin tahu tentang sikap dan perwatakan lelaki. Lelaki amat menarik.

Aku baru lepas menonton 'he just not that into you'. Membuatkan hati aku bertambah sakit, apabila hakikatnya sudah ada depan mata, tetapi kita cuba menyelamatkan. Contohnya apabila kita sudah berkahwin, tetapi tidak bahagia. Tidak bahagia walaupun kita sudah melakukan seks.

Barulah aku tahu. Bila lelaki dah lama tak mahu bersetubuh dengan pasangan, maknanya dia sudah tidak ada selera dan dia bersetubuh dengan perempuan lain. OK-INI-PALING-AKU-SENTAP.

Kenapa tiba-tiba aku rasa nak sentap ni? -_______-"

Betul lah. Bila kita tak bahagia, memang sudah tidak boleh buat apa. Sakit macam mana pun, kena juga teruskan kehidupan. Cuba lakukan perkara yang kita cuba elakkan. Cuba lakukan perkara yang kita inginkan dan tidak dihalang dan cuba untuk menipu.

Nasib baik aku bukan jenis perempuan yang membebel. Kan baby kan? (baik jujur!)

Aku suka dengan kasih sayang. Salah satu benda yang aku minta, dan paling sukar untuk orang berikan ialah HAPPINESS. No one can give me that. No one, no one, no oneeeee.... (nyanyi macam Alicia Keys)

Aku berikan kebahagiaan di atas benda yang aku ingin orang lakukan terhadap aku.

Aku nak jadi gadis brutal, tapi manja dan gedik. Aku nak jadi gadis berdikari, tapi masih lagi bergantung pada kekasih. Aku nak jadi gadis yang dilayan seperti permaisuri, tetapi aku suka menjadi 'lelaki gentlemen'.

Wa laki babe. Wa boleh buat lu bahagia kalau jadi balak wa. Sebab wa jadi 'laki' lu, tahu tak tu? (kenyit mata)

Percaya tak, kalau aku duduk seorang di kedai makan, berkemungkinan aku akan mendapat paling banyak tiga nombor lelaki. Sebab aura mengorat aku paling tinggi berbanding kebanyakan perempuan. Lelaki yang bagi number, bukan aku yang bagi. Haaaaa, kan aku dah cakap. Aku yang jadi 'lelaki' tau.

Ok stop bullshit.

No comments: