http://www.emailcashpro.com

Tuesday, March 31, 2009

Surat layang

Terima kasih kerana memberi kata-kata yang mungkin sudah lama aku nantikan. Kata-kata untuk bersahabat kembali. Terima kasih kerana masih memaafkan walaupun aku berkata bisa terhadap kau. Terima kasih kerana sudi lagi bersahabat walaupun, sudah berduri berdarah dalam badan.
Maafkan atas keterlanjuran kata-kata yang mungkin kau tidak dapat menerima iaitu :
K : *toot* boleh tak I minta you satu benda. Tolong berhenti cintakan I
Bermaksud aku tidak mahu kau menaruh apa-apa lagi harapan. Harapan yang kau tidak mungkin kecapi, dan aku sampaikan. Maafkan aku, kerana aku masih membuat silap yang sama.
Kertas yang kita selalu warnakan itu sudah dikoyak, dibuang jauh-jauh. Sudah melayang entah kemana, yang mungkin kita tak dapat cari. Kertas yang kita selalu warnakan itu, sudah luntur warnanya menjadi kusam. Yang kita sendiri sudah tahu apa maksudnya.
Sedangkan apa yang kita tidak sedar, masih ada banyak lagi kertas-kertas yang masih menanti untuk diwarnakan. Masih ada banyak lagi kertas yang ingin dicantikkan.
Jika kau ingin kan bersahabat, apakah kau akan menegur aku seperti dulu? Jika kau ingin kan bersahabat, adakah kau akan duduk di sebelah aku dan mula pertengkaran kata-kata dengan pensyarah? Jika kau ingin bersahabat, apakah kau akan memandang aku seperti mana kau pernah pandang?
Terima kasih kerana kau mencuba untuk tidak mencintai dan menaruh harapan. Hanya kasih sayang sebagai seorang sahabat yang lebih kekal bukan?
Kita bersahabat ya?
Tapi..tapi..siapa yang ingin menurunkan ego untuk berbicara depan-depan?
Kau sudah menurunkan ego kau di sini, jadi aku harus menurunkan ego di hadapan pula? *fikir kejap*
Sama-sama turun ego boleh tak?
Hakikatnya aku rindukan sahabat susah senang.
Jika kita bersahabat kembali boleh lah kita berbicara lucah-lucah lagi. Jika kita bersahabat kembali boleh lah mengumpat lelaki-lelaki yang kacak. Jika kita bersahabat kembali boleh lah kita sentiasa ke Mc'D seksyen 3 untuk makan.
Jika kita bersahabat boleh kau keluar bersama aku dengan kekasih? Jika kita bersahabat boleh kau masih memandang aku dengan kekasih?
Terima kasih sahabat, kerana kau masih ingin bersahabat dengan aku.

Monday, March 30, 2009

Zaman kegemilangan

Jika aku dapat memutar kembali masa, ingin aku kembali ke tingkatan empat, kerana permulaan itulah yang membuatkan hidup aku kembali ceria dan penuh dengan warna. Meriah dengan teman-teman, serta bersepah teman lelaki dan skandal. Semuanya hanya inginkan keseronokan. Tiada masalah sehinggakan aku mendapat berita tentang Arwah Shamil. Jika aku dapat memutar kembali masa, ingin aku bersembang dengan nya. Ingin aku bertanya apakah silap aku sehinggakan dia perlukan aku begini. Ingin aku tarik balik doa aku yang setiap kali menitiskan air mata kerana dia.
Awal tahun bermulanya drama hidup apabila Darweena mencekik Diyana dan Nana sehinggakan Arwah Shamil dan Faizal tidak berani ingin berbuat apa pun. Aku ditarik masuk ke dalam kumpulan yang mulanya aku tidak mahu ada kaitan. Di situlah aku mempunyai ramai teman baik perempuan. Kemudian dari situ, baru lah berkenalan rapat dengan bekas teman baik iaitu Shekin.
Zaman kegemilangan makin bermula, apabila aku sentiasa keluar untuk berhibur. Berhibur dengan teman-teman seperti satu hujan emas, kerana hanya memikirkan keseronokan dan tiada batasan. Berhibur ke sana ke mari, mencari mangsa untuk bukan sengaja ingin mempermainkan. Hanya ingin mengisi kekosongan.
Kenal dengan ramai orang sehinggakan aku dicari oleh bekas teman lelaki aku sendiri, Adam. Adam bagaimana ya? Adam menyayangi aku tetapi aku hanya berlandaskan kasihan dan kasih sebagai seorang teman rapat. Dia begitu tegas, dan begitu berlagak sehinggakan dia menyepak kaki perempuan di depan mata aku sendiri, dan itu lah motif aku untuk melepaskan dia.
A : Adam tahu Mie memang dah lama nak break
K : Huh?
A : Tengok gaya Mie jumpa Adam pun tahu
Itulah sebabnya kita harus berjumpa dulu sebelum declare.
Zaman diteruskan lagi bila skandal bersepah ruah. Duit banyak keluar, tetapi dibalas dengan keseronokan. Keluar pun beramai-ramai. Kenal dengan ramai orang sehinggakan orang boleh kenal tanpa tanya nama.
Hari raya pada tahun itu lah merupakan tahun yang paling meriah sekali kerana mewah dengan teman-teman. Berhibur seperti tiada langsung masalah kerana aku bebas tidak terikat dengan sesiapa. Sehinggalah aku bertemu dengan insan-insan daripada Sentul. Perebutan mula berlaku, aku menjadi buntu dan memilih lelaki ikut kemahuan kerana aku inginkan keseronokan. Tetapi keseronokan itu diganti dengan kesakitan yang melampau. Aku ego dan dia ego. Skandal masih ada, kerana teman nya masih mahukan aku, masih ndambakan aku. Aku belajar dan ambil pengalaman daripada situ.
Masuk ke tingkatan lima, aku mula jauh dari kesakitan kerana bertemu pula dengan insan yang memberi aku ketenangan. Tetapi ketenangan itu aku mempergunakan. Aku masih berskandal dengan lelaki lain. Terkantoi kemudian diam kembali.
Selepas tamat sekolah, aku bekerja tak sampai sebulan kerana malas sudah bertaip di dalam diri. Zaman tamat sekolah ini lah, mempunyai keseronokan yang bahagia kerana aku di samping teman-teman yang aku memang sayang (Hana, Ika, Weena, Haiqal, Botak, PakCik, Marissa, dan ramai lagi). Zaman ini lah aku mempunyai ramai teman dari luar kerana aku mula aktif kembali MySpace yang terlampau. Aku mula mengenali manusia-manusia janggal ini dengan kata-kata aku yang manis. Aku bermulut manis secara jujur.
Aku rindukan Botak sebenarnya. Kerana dia salah satu kawan lelaki yang aku rapat sejak aku di tingkatan empat sehinggalah sekarang walaupun sekarang kami jarang berhubung. Mana PakCik ya? Mana Epul ya? Mana yang lain?
Zaman kegemilangan ini, aku mempunyai lebih ramai kawan lelaki dari perempuan kerana aku lebih senang bergaul dan berbicara secara terbuka dengan lelaki dari perempuan kerana tiada erti kata cemburu dan lain-lain. Walaupun lelaki berkata-kata belakang, mereka masih berlaku jujur di hadapan aku. Berkawan rapat dengan lelaki bukan erti gatal, tetapi lebih kepada persahabatan. Persahabatan itu aku dapat merasai melalui hubungan persahabatan aku dengan lelaki. Perempuan? Mungkin aku terlalu menyerap pengalaman sehinggakan aku menjadi begini.
Perempuan akan cemburu melihat teman nya lebih bagus atau lebih cantik atau lebih dipandang tinggi. Disebabkan itu ada unsur cakap-cakap belakang dan sebagainya.
Aku tunjuk melalui perbuatan. Tak suka diam, suka cakap.
Zaman kegemilangan ini lah aku bertemu dan berkenalan dengan teman-teman perempuan yang berkelas tinggi serta sense of fashion yang terlalu tinggi. Terlalu ramai teman-teman perempuan yang rapat dengan aku, kerana aku suka mendengar dari bercerita. Satu persatu cerita masuk ke telingan kemudian savekan di dalam otak. Aku berkata melalui pengalaman, bukan hanya cakap kosong. Mempunyai ramai teman-teman perempuan yang hanya untuk mengiburkan bukan untuk susah senang bersama. Ahhhh, aku ni kolot kan?
Marissa?
Dia masih bersama, walaupun kami jarang berhubung lagi. Dia tetap bersama, walaupun aku kadang kala terlepas pandang tentang dia. Dia akan bersama, walaupun sudah lama kami tidak bertemu.
Kawan sejati bukan hanya selalu dengan kita, tetapi dengan ingatan memori. Dia tetap ada, dia tetap sama, dia tetap tegur, dia tetap menghulur apabila berjumpa untuk sekian lama. Kawan sejati bukan hanya selalu menangis dengan kita, tetapi dengan menghulurkan pertolongan secara ikhlas. Dia tetap bersama, dia tetap di sisi, dia tetap inginkan apabila kita dalam kesusahan.
Masing-masing ada perspektif tentang teman.
Tetapi melalui zaman kegemilangan inilah, aku mula sedar dan belajar. Aku tidak boleh berteman rapat dengan sesiapa pun, kerana aku akan kehilangan atau ditinggalkan atau meninggalkan. Sejak dari kes Shakina meninggalkan aku terkontang-kanting seorang diri. Sejak dari kes Hidayah menjauh diri daripada aku kerana mendapat mimpi aku dengan dia bakal menjadi kekasih. Sejak dari kes Shekin dan aku sudah tidak sehaluan, kerana dia terlalu cemburu melihat aku dan orang lain mesra serta rapat. Dan yang terbaru, sejak kes aku dan Susu yang tiada jawapan, hanya titik yang tidak akan berhenti dan mempunyai banyak tanda soal.
Mengharungi zaman kegemilangan ini lah, aku belajar tidak mengharap hanya inginkan. Melepasi zaman kegemilangan ini lah aku berfikiran kedepan bukan kebelakang.
Aku rindukan zaman kegemilangan di mana aku meriah dengan teman-teman. Meriah dengan personaliti. Meriah dengan macam-macam.
Di masa zaman kegemilangan ini lah, tercetusnya pelbagai benda yang buruk berlaku. Banyak benda yang membuatkan aku hanya membutakan mata, memekakkan telinga.
Aku mempunyai keyakinan yang terlampau tinggi sehinggakan ego aku tinggi melangit sampaikan aku tidak perasan tentang perasaan orang lain.
Jadi zaman kegemilangan, menjadi salah satu bab termanis serta terhebat dalam buku riwayat hidup aku.

Jadual padat

Kerja-kerja yang belum selesai :
1) Assignment Silat
2) Assignment Sinema Malaysia
3) Assignment Research Writing
4) Assignment Pychology
5) Assignment CTU
6) Hafal dialog PakYong
7) Hafal skrip final lakon
8) Beli baju untuk MPG
9) Cari duit untuk 14/04
10) Cari props untuk final lakon
Macam mana ingin selesaikan dalam masa minggu ini sahaja? Aku cuma ada tujuh oh bukan, hanya lima hari untuk menyiapkan semua kerja ini.
Boleh bantu saya mengelap peluh dan memicit kepala kerana stress?
Atau boleh bantu saya memberikan hiburan agar tidak terlalu tensi dengan kerja yang menimbun?
Eh senang saja, berikan senyuman yang paling ikhlas untuk saya, supaya saya bersemangat untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Selepas semuanya selesai, saya harus mendaftarkan diri untuk kelab HERO-HERO sedunia kerana menyiapkan kesepuluh-sepuluh kerja ini dalam masa lima hari.

Sunday, March 29, 2009

Biarlah

Biarkan aku sakit begini.
Biarlah.
Aku lebih suka menanggung sakit ini dari terus berubah baik. Aku lebih suka menanti keburukan dari menghalang ia datang.
Biarlah.
Sakit ini bukan nya sengaja. Ia datang bila aku tidak makan untuk beberapa tempoh jam yang lama. Bila ia datang aku diam, kerana khuatir membimbangkan orang lain yang sudah berkali-kali menolong aku. Aku tidak mahu sesiapa mengasihani aku dengan keadaan yang macam ni, kerana sakit aku bukan main-main. Bimbang akan digelar orang yang berpura-pura sedangkan perut ini sudah luka.
Bukan apa, aku masih kuat untuk berdiri. Jika aku lemah, akan aku jujur. Bila sudah jujur, ya masih lagi begini.
Hanya makan pil kuning yang ada. Tertinggal di Puncak.
Untuk mengelakkan sakit yang teruk, aku makan ikut masa. Aku makan bila hampir sakit.
Bila hendak berakhir aku tidak tahu, selagi aku makan ikut masa dan ubat yang diberikan. Tahu erti kata mual dan muak?
Aku bukan sengaja tidak mahu makan. Kadang kala terlupa, kadang kala terlepas pandang. Sudah biasa tidak makan, menjadikan aku lupa untuk makan. Benda ni semua terjadi bila, aku ingin kurus secara mendadak. Bodoh kan? Sebab kurus, semua jadi sakit. Biarlah sakit, aku yang menanggung.
Sakit ini akan pergi juga satu hari nanti.

Wallpaper

Inspirasi untuk MPG (3)

Kalau lah aku pandai melukis, sudah lama aku akan reka baju yang aku inginkan. Campur ini, campur sana. Cuma rekaan itu tidak terhalis dalam lukisan, hanya terhasil dalam imaginasi aku. Entah bagaimana aku ingin terangkan.

Rindu dengan JonMChu

http://www.youtube.com/watch?v=FO8J7va83_g&feature=channel_page

Sakti

"Sakti..!"
Aku mencari-cari di mana Sakti. Geledah di bilik, tak ada. Geledah dalam almari baju, tak ada. Baju semua masih tidak berlipat. Hanya longgokkan dalam almari. Geledah dalam beg tangan di celah-celah masih tak ada. Campak semua barang make-up yang ada atas meja ke tepi. Masih tak ada. Duduk atas katil, menggaru-garu kepala, oh yaaaa baru aku teringat.
Aku masuk dalam bilik air. Rupanya ada atas sinki.
"Thank god" sambil memeluk Sakti.
Sakti sudah bersama-sama aku sejak aku di tingkatan tiga. Sekarang umur aku sudah mencecah 23 tahun. Cuba kira berapa tahun. Aku tak pandai matematik. Bodoh mengira. Setahu aku, terlalu lama Sakti bersama aku. Dia pernah hilang kejap. Meraung-raung aku mencari. Rupanya dalam poket seluar yang aku pakai. Bodoh betul aku.
Mana-mana aku bawa Sakti bersama. Aku tak boleh tinggalkan dia. Dia dah jadi sebahagian hidup aku.
" Sakti..."
Papa pun dah tak peduli dengan aku sebab aku sentiasa berkepit dengan Sakti.
"Aku dah malas nak ambil kisah pasal kau"
Sampai macam tu sekali kan papa cemburu? Tak apalah, asalkan Sakti bersama aku.
Mama?
Mama lagilah tak pedulikan tentang aku. Sibuk keluar dengan jantan lain. Suami tak terjaga, anak terabai. Papa sibuk dengan bussiness kapal. Betina pun keliling pinggang. Yang aku pelik...tak bercerai pula mereka berdua? Mungkin kerana aku mungkin.
Sebab itu lah aku memerlukan Sakti. Sakti menjadi peneman hidup aku. Sakti yang menceriakan hidup aku. Susah senang Sakti bersama.
Member-member aku pernah cakap..
"Dah dah lah tu dengan Sakti kau. Rimas aku tengok"
Rimas-rimas kau pun, sibuk nak pegang juga.
Aku tak belajar, bekerja pun tidak. Padahal umur dah agak tua bangka. Tapi duit sentiasa penuh, disebabkan aku pencuri yang handal. Aku tahu papa simpan duit yang banyak kat mana. Pernah kantoi sekali, papa perasan duit dia banyak hilang, tapi aku tak pernah kena. Mama yang jadi sasaran. Aku hanya melihat mereka bertengkar, papa pukul mama, mama pukul papa. Dah lali. Gelak terbahak-bahak dalam hati. Padahal sejak aku curi, aku dah kumpul RM10,000. Air mata ni, dah penat nak keluar. Jadi dia duduk diam dalam mata.
Masuk dalam bilik aku bercerita dengan Sakti. Sakti pendengar yang setia.
Jalan-jalan keluar ke bandar. Sakti hanya duduk diam dalam poket seluar. Aku mencari-cari di mana member-member sial yang berhutang dengan aku. Cari-cari mereka tak ada. Terserempak pula dengan jejaka idaman di Starbucks KLCC.
"Meya!"
Dengan muka yang selamba ditambah lagi dengan jantung yang lajur bersapa dengan dia. Duduk di sebelah. Dia macam biasa. Masih lagi bersama APPLE kesayangan nya. Aku bersandar pada kerusi melihat setiap inci di mukanya.
"Meya kenapa sorang-sorang je?"
Aku tak menjawab, hanya tersenyum sebagai jawapan.
Sakti di dalam poket sudah memanggil-manggil. Jejaka idaman itu terpinga-pinga melihat aku terus bangun dari situ.
Sampai di rumah, aku berbual-bual bersama Sakti.
Banyak kali member aku bahan tentang Sakti,
"Wei, gam apa kau pakai ni?"
"Ni bukan gam lah, ni Sakti"
"Sakti?Hahahahahahaha. Gam pun kau nak bagi nama?"
"Pergi mampus lah"
Kesian Sakti kan? Biarlah nak bagi nama apa pun. Asalkan Sakti yang sentiasa dengan aku. Sakti yang menceriakan hidup aku.

Anonymous

Jika kekasih yang berkata-kata aku tahu.
Jika orang lain yang berkata-kata buat aku lagi tahu, dan aku tahu siapa yang menulis, ayat nya bagaimana.
Untuk anonymous :
Terima kasih kerana sering kali kau singgah di sini, dan memberi komen-komen yang tak langsung menyakitkan hati aku, kerana aku sering tergelak terbahak-bahak membaca komen kau. Jangan berselindung di sebalik anonymous, kerana menunjukkan kau pengecut. Jangan kau berselindung di sebalik anonymous, kerana menunjukkan kau takut.
Jika ingin berkata-kata tunjukkan diri kau. Beritahu nama penuh kau. Kerana ini merapatkan hubungan berkata-kata di dalam blog.
Terima kasih kerana menjadi peminat setia aku, walaupun kau sibuk mempertikaikan.
Aku tahu siapa kau, kau tahu siapa aku.
Penulisan aku tidak terbatas kerana kekasih. Jangan melibatkan sesiapa dalam cara penulisan aku. Ada masa aku turun, ada masa aku naik. Tak sentiasa aku menjadi bagus. Dan bukan kau menjatuhkan aku. Kata-kata kau menaikkan semangat aku untuk terus menghentam. Terima kasih untuk itu sekali lagi.
Tampil lah ke depan, jangan kau mahu berselindung lagi, kerana aku kenal kau wahai anonymous.

Saturday, March 28, 2009

Tajuk apa pun tak tahu

Penat sebenarnya. Selepas habis silat, yang merupakan kali pertama aku tidak terlalu concentrate disebabkan *tooot*, aku makan bersama Jee dan Epul. Berlari ke set shooting kerana kekasih accident. Nak jadi stuntman pun kena pandai jaga diri. Sempat bergaduh dengan orang celaka yang cari pasal kerana memandu secara cucuk-cucuk. Aku berhenti kereta ke sebelah, tak sangka pula dia pun berhenti.
Walaupun badan kau besar mana, bila aku dah marah semua aku tak ingat asalkan perasaan tak puas hati ini keluar dari hati. Tak sanggup nak berbuku. Dengan masih memakai baju silat, aku keluar dari kereta. Dia hampir nak memukul, aku mencabar, tak pula naik tangannya.
K : Kau jangan ingat badan kau besar mana, aku takut. Lain kali bawa kereta tolong hormat orang lain. Dah tua fikir secara matang, jangan pakai lutut!
Terus masuk kereta.
Cari di mana kekasih. Tangan dia luka, belakang dia luka dan lebam, kaki dah sakit. Mula lah keluar ceramah dari aku.
Untuk assigment silat pula aku tak tahu bagaimana nak settle kan. Susah nak mencari matlumat tentang TunPerak. Kurang di internet, kurang juga di buku.
Semalam ada juga kejutan nya,
J : Happy anniversary
Ya, setiap 27 haribulan dia akan ucap walaupun aku dengan dia sudah tidak ada apa-apa. Aku tidak membalas, tak berkata apa. Terus padam. Buku lama sudah ditutup, sudah juga dibungkus. Tak perlu dibuka lagi. Kerana buku baru inilah harus aku teruskan.

Friday, March 27, 2009

Gossip

Ada gossip terbaru tak?

Aduhai..nak tahu satu cerita? Akak nak cerita ni. Adik-adik semua diam ya. Duduk elok-elok. Akak nak mulakan dah ni. Adik duduk sandar adik baca. Janji jangan beritahu sesiapa tau? Sssshhhhh.

Mempelam dah mengandung adik-adik. Pisang tu haaaa pancut nak dalam saja. Tak boleh nak kat luar ke? Mempelam tu pula tak habis-habis cerita pasal baby dalam perut dia tu. Mempelam, mempelam. Kalau mempelam jadi macam dulu kan best. Dulu mempelam pun kena tebuk sana sini, tapi cool saja. Tak nak batang-batang pancut dalam. Kenapa kali ni mempelam biarkan?

Pisang tu, nampak akak ni. Tutup muka. Buat tak nampak. Sedangkan akak ni tahu dia. Masa minggu lepas akak terserempak dengan dia kat KL. Pisang tu pula manja-manja dengan betina lain. Kesian mempelam. Entah mempelam tahu ke tidak. Pisang tu memang terkenal dengan dunia MySpace (aku lagi terkenal dari dia *perasan sendiri tak apa*).

Mempelam nak kahwin dengan pisang. Pisang kata setuju, tapi keluar dengan betina lain?

Pisang..pisang. Nanti kita akan berjumpa juga untuk gathering MySpace nanti. Akak tahu pisang mesti nak pergi punya. Mempelam duduk rumah ya? Kasihan mempelam. Perut pun dah agak bunting. Tapi masih keluar kehulur-kehilir dengan memakai baju yang tidak kena dengan perempuan mengandung. Mempelam masih dengan dunia keseronokan. Mempelam tegur akak ni, akak macam biasa je lah adik-adik. Kalau orang buat baik dengan akak, akak balas budi baik tu berganda-ganda.

Tegur mempelam secara mesege :

M : I miss you babe. Entah bila dapat jumpa lagi
K : Yeahhh, me too. I tengah busy ni. Final exam hampir dekat
M : Bytheway, hows your love life?
K : Bahagia with him. Well, you know that he was the one that I told you before right?
M : Hahaha, really? The one who dating with you tepi tasik time bulan puasa?
K : Ya lah, dia lah. Hahaha. How bout you?
M : Im pregnant

Aku sebenarnya dah tahu. Tapi buat tak tahu saja. Nak biar dia cakap sendiri. Tak nak tanya. Tapi mempelam, aku tetap sayang kau walaupun kau sudah beranak nanti. Walaupun orang nak kata kau apa pun, kau tetap kawan aku antara paling celaka.

Jerawat

Aku benci jerawat.
Dulu aku berlagak muka aku bersih tak berjerawat. Makan dengan kata-kata. Dapat tompok-tompok bekas jerawat yang hilang. Babi.
Aku benci jerawat.
Paling aku benci bila jerawat tumbuh di hidung. Lagi-lagi belah centre. Jangan ceritalah tentang sakit tu. Lepas tu tumbuh pula di tepi bibir. Tabik habis, bila senyum pun sakit. Geram betul. Sampai aku jilat-jilat hanya menggunakan lidah. Part yang tak boleh blah, bila tumbuh jerawat di tempat sulit atau bontot. Haruk (bayangkan). Weii jangan bayangkan.
Aku benci jerawat.
Bila tumbuh orang mesti tegur. Cuba diam je boleh?
Aku benci jerawat.
Bila orang kata aku terlalu banyak berangan. Memang lah aku banyak berangan pun, tapi takkan lah bila dah hilang satu jerawat, jerawat lain yang timbul. Memang makan saman jerawat ni.
Aku benci jerawat.
Kerana muka aku dipenuhi dengan bekas dan tompok hitam jerawat.
Aku benci jerawat.
Lagi-lagi bila jerawat batu yang menggunung merah. Nak picit memang sakit, macam sakit bersalin. Cannot go punya sakit.
Aku benci jerawat.
Aku tak pakai foundation pun boleh tumbuh juga menatang ni? Aku sentiasa cuci juga muka aku, bukan tak cuci.
Mungkin jerawat kesunyian, jadi dia mesti selalu dengan aku. Dia cintakan aku kot (gelak macam celaka)

Sesi manja

Jangan baca kalau anda geli. Sila bawakan tetikus ke belah kanan, dan klik tanda berwarna merah yang bertandakan X.
Khas untuk kekasih. Entah kenapa sekarang mood manja sudah datang secara melampau. Manja secara jauh secara kasar. Tak dapat bermanja secara depan-depan (buat muka sedih)
Baby, I rindu you lah. Rindu sangat ni (buat muka masam) Tak mesege satu hari, rupanya handphone you tertinggal. Buat I risau je. Baby, I ada banyak benda nak cerita dengan you. Sayang, I nak peluk boleh (cebik bibir) cepat lah peluk I. I tengah sejuk ni. Sayang..rindu lah. Terlampau rindu, rasa nak tumbuk je you. Rasa nak tarik-tarik je hidung you. Geram betul lah. Nak bagi hidung you merah. Alaaaa, mengaku saja memang hidung you besar (senyum gedik). I punya hidung comel je (senyum manja). Apa pun KingKong juga lagi comel dari Godzilla (gelak kekeh).
B..rindu ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh
B..I mengantuk ni, nak tidur balik. Tapi takut tak terbangun je nanti. Nanti banyak benda pula yang tertinggal nak baca. Tak apalah, I nak tidur kejap ya sayang?
Zzzzzzzzzzzzz

Thursday, March 26, 2009

Haihh

Baby, I rindu you lah (menangis macam budak kecil, sambil usap hidung sendiri)

Miss Independent

Dimana wanita berdikari?
Oh dia masih di sini. Dia masih berdiri lagi. Dia masih teguh menghadapi sakit. Dia masih bergaul dengan kemeriahan. Dia masih mampu tersenyum dengan ikhlas. Dia masih lagi mempunyai sfat yang tegas barangkali orang takut ingin menegur.
Dimana wanita berdikari?
Oh dia masih celik. Dia masih mengasihi dan dikasihi. Dia masih perlukan seorang kawan untuk berkongsi susah senang walaupun dia ada kekasih yang sentiasa ada. Dia cemburu melihat kekasih yang ada teman susah senang, dan dia pula bersandarkan sepenuhnya pada kekasih.
Dimana wanita berdikari?
Oh dia masih mantul. Dia masih menegakkan apa yang dia rasa benar. Dia masih dengan ego yang tidak boleh tolerate mungkin. Dia masih terlalu kuat dengan kesan pengalaman. Dia masih trauma dengan pengalaman yang lepas. Dia bukan ingin menjadi begini, cuma dia sudah dikebalkan dengan kesan-kesan menjadikan dia senang memberontak.
-cut-
Tak ramai wanita yang boleh berdikari dengan sendiri. Tak ramai wanita yang boleh buat kerja keseorangan. Mesti ada teman. Aku? Dah biasa tak ada teman. Lebih senang bergerak sendiri, kerana cepat habis.
Tak ramai juga wanita yang boleh mengangkat barang pindah rumah. Tak ramai juga wanita yang suka buat kerja yang lasak. Aku? Dah biasa mengangkat barang-barang berat kerana aku anak sulung di rumah. Segala kerja aku buat. Kerja lasak? (bayangkan aku buat kerja lasak)
Marilah kita bercerita tentang wanita berdikari. Kali ini saya bukakan kepada para wanita.

Mula panic

Handphone tiba-tiba menghilang entah kemana. Cari di bawah katil. Cari di bawah bantal. Cari di bawah sarung bantal. Cari di meja. Cari di dalam handbag. Cari di dalam segalanya. Terduduk kejap. Rasa macam malas nak mencari. Oh yaaa..baru teringat ada di atas rak kasut.
Panic tak tentu pasal. Gelabah tetek saja mariana ni.
Perasaan resah dan sakit itu sudah hilang. Mungkin kerana kasih sayang yang ubatkannya. Mungkin kerana kebelaian yang ubatkannya.
Aku semakin stress bila banyak kerja yang tertangguh. Bila test MakYong makin dekat. Bila test segala macam semuanya minggu hadapan.
Stress jangan kau datang ya?

Wednesday, March 25, 2009

Menjawab jawapan

Aku bukan sengaja ingin tunjukkan sejarah lama. Tak sengaja, dan tidak perasan. Malah tidak ingat. Maafkan aku terlepas pandang. Rupanya inilah yang membuatkan kau ragu-ragu? Rupanya ini lah puncanya? Rupanya inilah yang dipanggil dugaan yang kau terlepas kata tadi?
(menangis lagi)
Air mata masih tetap mengalir walaupun sudah setengah jam berlalu. Masih lagi mengalir, kerana sakit ini masih tidak keluar.

?

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Cepat lah pergi, cepat cepat! Perasaan sakit ini masih duduk diam dalam hati. Masih duduk bersembunyi dalan hati. Cepat lah keluar! Cepat-cepat!

Bila kata tentang hati

Rasa batu pula menghempap hati. Eh bukan batu, malah rasa terasa gunung menghempap hati. Tak boleh nak bangun walaupun cuba untuk melawan kerana terlalu sukar.
Balik ni terasa pula hujan menangis dalam badan.
Tangan masih mengawal perasaan. Cuba untuk tidak bertindak secara melulu. Fikir secara positif.
Aku nak lari. Lari dari perasaan hempatan ini. Tolong keluar hempatan. Kau tidak menaikkan semangat. Kau menurunkan semangat aku untuk cuba bangun.
Aku sudah cuba yang terbaik bagi membuka mata dia. Aku sudah cuba yang terbaik bahawa kasih aku memang ikhlas. Aku sudah cuba yang terbaik untuk dia. Jika mata dia masih melihat kasih aku dengan sebelah mata, masih lagi ragu-ragu, jantung ini pula yang akan terhiris. Jantung ini pula yang akan jatuh berulang kali.
Jika dia tidak terkawal, apatah lagi aku. Sudah aku ucapkan, hati kau hati aku. Kau sakit, aku sengsara. Cuba menenangkan kau sehabis yang baik, cuba memahami kehendak kau. Cuma aku tidak mahu pulang dengan hati yang dihempap, kerana aku sakit. Sakit yang teramat sampaikan aku ingin lari jauh. Aku ingin lari ke tempat yang tiada sesiapa pun. Hanya aku seorang dengan rumput serta angin yang mendayu-dayu. Bunyi-bunyi burung yang menemani.
Terasa pula nak mandi laut.
Terasa pula nak membunuh macam dulu.
Terasa pula nak memukul sesuatu.
Terasa pula cuba mencederakan diri sendiri.
Aku masih lemah. Teruk betul lah mariana ni. Kenapa kau ni terlalu lemah? Kau kena kuat juga untuk menentang perasaan kau ini. Kau harus cuba menolak gunung yang menghempap hati kau ini? Cepat mariana. Cepat lah kau bangkit. Jangan kau layankan sangat perasaan sakit kau ini, kerana kau sudah pun sakit.
Bila aku ingin keseorangan di tempat yang aman, hakikatnya semua orang pun tahu, tiada siapa yang inginkan macam tu, kerana tempat yang aman, kita mahu orang yang tersayang ada di sisi. Orang yang mengambil berat ada di sisi. Orang yang dikasihi ada di sisi.
Mestilah aku mahukan kekasih ada di sisi.
Cuma aku takut.
Kerana kata-kata dia sama macam Afad pernah cakap dengan aku sewaktu dulu.
A : You sayang I ke?
K : Mestilah
A : Hmm, I tak tahu lah...I rasa lain macam je
K : Kenapa?
A : Entah lah, I pun tak tahu
K : You tak percaya ke I sayang you?
A : I nak minta break
Di bawah perbualan aku dan kekasih :
W : You sayang I ke?
K : Mestilah I sayang you baby
W : Hmmm, I tak tahu lah...I rasa lain macam je
K : Kenapa ni b?
W : Entah lah, I pun tak tahu
Jantung berhenti sekejap.
Kau tahu erti trauma? Kau tahu erti takut?
Jangan.
Jangan berkata lagi tentang itu, kerana aku tak sanggup mendengar lagi. Aku tidak menyamakan kau dengan dia, cuma aku takut dan trauma. Bukan kah trauma itu lagi teruk. Aku kuatkan diri berjumpa dengan kau. Aku cuba yang terbaik menenangkan kau. Aku sedih melihat kau begini jatuh. Lagi sedih jika aku mendapat tahu kau jatuh begini jika aku tidak bertemu. Aku cuba menyimbah air kepada api. Perlahan-lahan api padam. Tetapi masih tetap sama.
Perasaan aku sekarang tidak dapat digambarkan. Terasa ingin menjerit, meraung, menjadi gila, dan cuba mencederakan diri sendiri. Bila mencederakan diri sendiri lebih puas mungkin?
Aku seikhlas hati menyayangi kau. Seikhlas hati cuba yang terbaik. Seikhlas hati untuk menjaga. Tetapi kau masih khuatir dan ragu-ragu. Sedangkan sudah berkali-kali, bukan saja dengan kata-kata malah dengan perbuatan aku menunjukkan bahawa aku memang sayangkan kau.
Aku lemah, sangat lemah.
Tolong bangkitkan aku. Aku sudah tidak tahu, sudah buntu.
Satu benda aku minta..
Tolong percaya bahawa aku sayangkan kau.
(menangis dengan deras)
Hati aku terluka melihat kau menjadi begini. Hati aku sengsara kerana aku masih tidak dapat menenangkan kau. Apa gunanya aku?
Hati aku dihempap dengan terlalu kuat.
(menangis dengan deras lagi)
Bila kata tentang hati, semuanya diluahkan dengan jujur.
Aku sayang kau.

Masih lagi

Semalam bangun selepas tidur petang, terus bergegas mandi dan terus ke bilik MakYong dengan hati yang masih gundah gelana kerana fikirkan kekasih. Masih buat tak tahu.
Ya ya, salah aku kerana terlepas cakap tentang Farid Kamil. (rahsia)
Habis MakYong terus ke sesi lakonan kelas teman-teman yang lain. Makanan masih lagi tak masuk.
Malam menjelma, bila aku cuba sehabis baik untuk pulihkan kemasaman di antara kami berdua. Malam menjelma, bila makanan tidak masuk lagi ke perut. Perut tak lapar, tapi sakit mencucuk-cucuk sudah datang. Berkali-kali aku mengajak kekasih makan, tapi masih menangguh kerana ingin lihat teman yang lain berlakon. Tak mahu cakap tentang sakit kerana nanti jadi lain.
Aku korek-korek dalam handbag ubat gastric tak ada. Mesege teman rumah,dia kata tak jumpa. Mungkin tercicir. Perut dah memanggil-manggil supaya aku rebah. Aku kuat juga. Cuba berlagak baik sebaik yang mungkin. Tekak pun dah loya.
W : Jom lah kita pergi makan
Keluar dari bilik.
W : Sakit lagi perut?
K : Tengah sakit ni. Ubat I tercicir lah
W : Laaaaa, mana pula?
Masuk dalam toilet scene yak tak disangka berlaku apabila aku muntah air kemudian muntah darah. Muntah darah?
Tekak aku macam syok pada sinki, terus keluar apa yang patut tetapi darah yang banyak mengalir.
Sudah lah muntah darah, hati masih darah.
Terima kasih kepada kekasih kerana menjaga aku dengan baik. Terima kasih juga kerana berlaku jujur dengan aku. Terima kasih juga kerana cuba mencari ubat untuk aku menahan sakit. Terima kasih kekasih. Maafkan aku atas keterlanjuran kata-kata yang mungkin berat pada kau. Maafkan aku lagi sekali.
Masih lagi mensenak perut.

Tuesday, March 24, 2009

Pagi yang hujan

Hari ni terasa nak bangun awal sedangkan mata memberat. Terus mandi kemudian masih bertuala.
Sebenarnya aku bangun awal rasa tak sedap hati. Rasa gelisah dan resah. Gundah gelana. Hati bergoncang seperti bola melantun berkali-kali.
Pagi ni hujan, macam sama seperti perasaan aku sekarang. Pagi ni hujan, macam sama seperti kepanasan aku sekarang. Pagi ni hujan, memang terasa bahagia tidur di samping bantal tersayang.
Ishk.
Cuma rasa resah.
Cuma rasa tak sedap.
Kenapa?
Buang lah jauh-jauh perasaan ni, sebab hari ini hari baru hari Selasa hari ada peperiksaan.
Semalam kekasih sudah melihat hasil hadiah aku untuk dia. Aku terasa ingin jujur sehabis yang boleh. Dia terharu dan tersentuh, aku bahagia dan lega. Apa yang dia lihat, itulah kata hati aku.
Aku sayang kau.
Aku nak pergi mandi hujan.
Selamat berjumpa dengan aku dalam keadaan yang selsema dan demam ataupun kebasahan yang melampau.

Monday, March 23, 2009

Peluh

Bila peluh meleleh di muka, aku sapu dengan kepenuhan kelima-lima jari. Aku terasa nikmat. Nikmat yang mungkin orang lain pun pernah rasa tetapi sangkalkan.
Bila peluh meleleh di ketiak, aku tujukan baju ke tempat aircond. Dapat merasai angin yang sejuk menderas masuk ke dalam baju, menderas menuju ke ketiak dan mengeringkan peluh. Bau yang keluar berikutnya memang tak dapat dijangka.
Bila peluh meleleh di tempat sulit. Salah satu cara adalah menggesel dengan seluar dalam. Kepitkan kaki anda kemudian geselkannya. Kalau dah pro, anda akan tahu bagaimana untuk orang tidak dapat kesan.
Berkata tentang peluh,
Bila aku berpeluh tandanya berat badan menurun dan aku dapat merasakan lemak-lemak badan aku terbakar dengan sendirinya. Dapat merasakan lemak bawah dagu pun tidak ada.
Bila aku berpeluh ketika masturbated, itu tandanya aku terlalu puas ataupun terlalu bersungguh untuk mencapai klimaks.
Bila aku berpeluh ketika presentation, itu tandanya aku bertungkus-lumus untuk menjawab soalan-soalan api dari teman-teman kelas.
Bila aku berpeluh ketika membuat assignment, itu tandanya aku tengah kepanasan ataupun memerah otak aku sehabis boleh.
Bila aku berpeluh ketika makan, itu tandanya kedai makan itu panas ataupun aku makan benda yang pedas.
Bila aku berpeluh ketika mandi, (erk?)
Bila aku berpeluh ketika menulis, itu tandanya idea aku dicurahkan seratus peratus.
Bila aku berpeluh ketika membeli barang, itu tandanya kepala aku tengah berpinar mana nak pilih ataupun tidak tahan dengan stress ataupun tidak tahan dengan orang yang terlalu ramai yang membuatkan hidung aku bau macam-macam yang tidak enak.
Kamu ada cerita tentang peluh?

Gastric mula kembali

Bangun pagi perut rasa tak sedap. Bukan tak sedap nak berak. Tak sedap menahan sakit yang teramat. Gastric rupanya. Mencucuk-cucuk, mencengkam urat perut aku. Kemudian elok. Arghhhhh datang balik. Dah kata gastric, sekejap datang sekejap tidak.
Masuk dalam bilik air muntah air dengan banyak. Macam buka paip pili bomba saja. Duduk sekejap di atas jamban. Bersedia untuk muntahan yang seterusnya, sebab tekak masih rasa mual. Gastric datang balik. Mencengkam perut sekuat yang boleh.
Aku pergi dapur ambil roti dan sapu dengan kaya. Bila dah masuk makanan rasa ok sekejap.
Mummy telefon dan mulakan ceramah yang seterusnya. Turun ke klinik dengar ceramah forum yang kedua dari kekasih.
Semua gastric ni datang disebabkan aku makan tak menentu, dan diet gila kerana senyap-senyap aku hanya makan sekali sehari. Aku makan banyak untuk tengahari dan kenyang sampai ke tengah malam. Macam mana nak masukkan makanan kalau kenyang bukan?
Itu lah satunya cara untuk aku kurus. Orang lain kurus bersenam. Aku kurus dengan tak makan. Aku dah biasa. Dah biasa sakit. Tapi kekasih sakit lagi bila melihat aku sakit.
Aku mahu menguruskan badan pun bersebab.

--tatapan--

Terlampau penat

Pagi rushing ke Puncak ambil kekasih kemudian ke stadium. Peluhan semua meleleh di kemeja kepunyaan kekasih. Bau-bau yang tak menyenangkan sudah naik. Aku bertopi untuk mengelakkan aku pengsan tengah jalan dan menjadi tumpuan orang ramai, serta mood aku akan berubah menjadi bengis tak sepatutnya. Cari-cari kostum hanya jumpa untuk kanak-kanak.
Kemudian membuncitkan perut, bergegas ke tempat kostum kembali.
Teringin nak jalan kaki bersama kekasih di kota raya. Patah balik ke kota raya. Jalan-jalan tak ada parking kereta, patah balik ke Setiawangsa. Naik LRT. Pertama kali naik LRT bersama kekasih. Terasa lain kerana pengalaman tak pernah dibuat bersama. Menapak dari KLCC ke Pavillion seterusnya ke Sungei Wang kemudian ke Times Square untuk mencari topeng catwoman. Tak ada.
Walaupun penat, tetapi entah kenapa hari ni antara hari bahagia untuk minggu ni. Hari bahagia kami berdua tanpa gangguan sesiapa.
Balik ke Puncak konflik mula timbul sehinggakan seorang menumbuk kereta, seorang lagi menumbuk pokok.
Aku tak sakit, tapi tangan dia yang terkopek.
Terlampau penat sampaikan masalah berlalu dengan cepat, kemudian kami naik gila kembali.
Terlampau penat sampaikan aku basuh 7 helai baju untuk hari ni.
Terlampau penat sampaikan aku mandi bersungguh-sungguh untuk malam ni.

Sunday, March 22, 2009

220309

Selamat pagi dunia.
Keluarga sudah pun bertolak ke Kuala Lipis menghantar Ica ke MRSM. Aku yang tengah menahan kencing dan berak hanya duduk di meja makan sambil menaip tak habis-habis. Sebenarnya aku mahu pulang ke Puncak secepat yang boleh.
Akhirnya semalam keluar bersama keluarga. Gelak-gelak macam tak ingat dunia, tak heran pada sekeliling di Gloria Jeans. Buat muka menyundal di merata tempat. Bajet nak beli semua baju di semua kedai yang kami masuk. Dah lama tak riuh bersama keluarga macam ni.
Akhirnya dapat sehelai summer dress yang aku idamkan dari dulu. Walaupun aku mahu membeli dua helai baju dari Padini kerana sale yang terlampau tak sangka. Aku tak boleh muat bukan kerana gemuk, tetapi tak muat untuk masuk ke paras tetek. Tetak aku terlampau besar sampaikan size L yang paling besar.
Balik dari The Curve, terus ke tempat shooting kekasih. Pusing-pusing, salah jalan, sesat kejap sampai aku naik migrain. Sampai di lokasi naik atas dengan bahang kepanasan, tengok kekasih berlakon.
Handsome betul mamat ni
Tak boleh lama, terus ke tempat makan. Tepat jam dua belas lebih-lebih, aku wish pada kekasih. Kami baru sebulan. Masih baru dan masih mengenali.
Bye-bye lah. Aku nak cari kostume catwoman.

Saturday, March 21, 2009

--tatapan--

Sssshhhhhh

Boleh simpankan rahsia tak? Ataupun tutup mulut untuk seketika? Ataupun hanya baca dan pendam? Tidak pun bawa saja ke mimpi?
Ssssshhhhhhhh
Hari ni aku terhantuk atas lantai disebabkan aku suruh Jee menyepak aku dengan betul. Bengkak sekejap.
Ssssshhhhhhhh
Hari ni aku melepaskan angin di katil teman serumah secara tidak sengaja.
Ssssshhhhhhhh
Hari ni aku tidak kusyuk dan melangkah setiapa ayat sewaktu buka gelanggang untuk silat.
Ssssshhhhhhhh
Hari ni aku pakai syampu kepunyaan teman serumah aku secara diam.
Ssssshhhhhhhh
Hari ni perut aku membulat besar kerana makan nasi putih dengan ayam masak madu serta kuew tiow goreng separuh.
Sssshhhhhhhhh
Hari ni aku terlampau rindu dengan kekasih sampaikan wallpaper di laptop aku tonyoh-tonyoh pada mukanya.
Sssshhhhhhhhh
Hari ni aku nampak pengkid di luar rumah menangkap gambar rumah aku, dan aku sempat ambil nombor plat keretanya. Aku akan cari pengkid tu.
Sssshhhhhhhhh
Aku baru saja melepaskan gas skunk di meja makan.
Ssssshhhhhhhh
Ketagihan menonton porn tiba-tiba muncul (sambil mendownload porn baru)
Ssssshhhhhhhh
Aku sebenarnya rasa nak pengsan dan muntah kerana banyak kerja yang belum selesai.
Sssshhhhhhhhh
Aku geram dan mimicit-micit pipi Aiman sampai pipi dia naik merah dan aku kena marah "Gemuk lah!"
Sssshhhhhhhhh
Boleh tak kamu simpan rahsia ni?

Friday, March 20, 2009

Mahu lawan kembali?

Seperti apa yang aku sangkakan, ada juga komen-komen sinis yang hinggap di laman ini. Ingin ku tegaskan. 'Lumrah Dunia'. Kau tahu? Telah menjadi lumrah dunia dimana seseorang itu akan menyebelahi orang yang mereka sayangi bukan? Sit back, and take a few puff. Relax and think back. Ianya pernah berlaku pada sesiapa sahaja. Aku pun. Dan kepada insan yang berkenaan, hasil penulisan seseorang tidak perlu di belajar kerana kita telah belajar menulis dari sekolah lagi. Sebaliknya, idea disebalik otak yang harus dipertikaikan. Tulisan disini adalah lahir daripada otak dan pemikiran yang waras dan telah diolah beberapa kali oleh yang pakar. Ya, bukan aku sahaja yang membacanya. Ramai lagi. Tidak puas hati? Telefonlah, jika itu tidak memadai, datang sendiri di UiTM kampus cawangan Jengka, Blok B, B2-13. Aku menanti. Jujur itu bodoh? Mungkin ya, mungkin tidak. Bukan memburukkan, tetapi hanya menjujurkan diri. Siapa salah di sini? Aku? Siapa mangsa? Dia? Siapa yang tersepit? Kau? Ini semua tidak akan timbul jika tiada komen BODOH sedemikian rupa. Aku di dalam proses untuk berbaik semula. Tetapi disekat oleh benda yang tidak sepatutnya menyekat itu semua. Sekali lagi, adakah aku yang patut dipersalahkan? 'Maaf' disini bermaksud aku tidak perlu meminta untuk dimaafkan oleh sesiapa lagi. Sudah cukup aku menagih kemaafan dari seseorang yang tidak pernah tau apa itu kemaafan.*Jangan terasa ya*. Tidak mengapa. Masih awal lagi untuk berbicara. So, mahu lawan?
p/s : Ada juga tekaanku yang mengena. Haha. Aku boleh jadi ahlil nujum ni. Memaksimakan keuntungan
______________________________________________________________
Hasil ketidak puas hatian di atas adalah dari bekas kekasih lama, Jep. Tajuk 'Mahu Lawan?', dan kini aku membalas 'Mahu Lawan Kembali?'.
Sila lawat di ikwnjfr.blogspot.com untuk keterangan lanjut.
-cut-
Berbalik kepada cerita, insan yang begini rupa hanya menutup mata sebelah dan sering memandang rendah kepada orang lain. Pandai berkata selindung sedangkan apa yang dicakapkan itu sering dapat dilihat bahawa dia itu berselindung. Kata-kata masih awal permulaan, kau berkata dengan orang yang berjari lima. Tidak perlu kau riak dan takbur serta bongkak dengan hasil tulisan kau walaupun aku mengaku satu prestasi yang baik. Tetapi melalui tulisan kau juga, kau mengambil ilmu dan teladan dari siapa?
(gelak macam celaka)
Kau menulis mengikut ayat siapa?
(gelak macam haram)
Kau menulis mengikut rentak irama siapa?
(gelak macam pantat hamis)
Kau menulis mengikut pengalaman siapa?
(gelak macam konek bengkok)
Ingat ya? Kau memulakan satu pertarungan kata-kata. Ini adalah sejarah dunia di blog masa kini.
Pertarungan kata-kata bermula sekarang.

Selamat bertemu

Bila tahu perkara yang sebenarnya, rasa agak bodoh. Tapi bodoh-bodoh itulah kelakuan jujur. Bodoh-bodoh itu lah yang membuatkan rasa tambah sayang walaupun dalam hati mencucuk-cucuk.
Hati bangkit kembali bila, dia memberi lukisan gambar aku dan dia.
(tersentuh)
Tak jadi nak marah, diam. Ketip bibir.
Mata ditutupi dengan shades, bersedia kalau-kalau air mata ni menjunam jatuh. Tapi tidak. Tak menangis walaupun setitik. Mata pun tidak bergelinangan.
(senyum terharu)
Well to tell you guys the truth, I really do love this man. Serious shit. That is why I try my best (even I do alot of trouble unconcious) to keep him. He's the one that Im searching for. A man that took care of me. A man who have responsibility. The first man, that I work hard to get for.
-cut-
Nak berspeaking pula.
Sebenarnya untuk beritahu anda semua dengan jujur, aku memang sayang lelaki ini. Sumpah sayang. Sebab tu aku cuba sehabis baik (walaupun aku buat masalah dengan secara tidak sedar) menjaga dia. Dia lah lelaki yang aku cari. Lelaki yang menjaga. Lelaki yang bertanggungjawab. Lelaki pertama, yang aku berusaha kuat untuk bersama.
Selamat bertemu kembali.

Cuba untuk menangis

Sekarang walaupun hati aku mencucuk-cucuk dan banyak benda yang terfikir, aku cuba untuk menangis. Tetapi masih belum kuat untuk menangis. Hati aku dah kebal mungkin, ataupun hanya sia-sia air mata ni nak jatuh hanya tunggu keadaan yang sepatutnya?
Menangis lah mariana. Kau luahkan saja. Lepas ni kau mahu berjumpa, kau tidak boleh menangis. Kau tidak boleh tunjuk kau lemah. Menangis lah cepat mariana. Beberapa minit saja lagi sebelum pukul dua. Beberapa minit saja lagi kau mahu berjumpa. Kau tidak boleh beraksi begini di depannya. Dia yang mula merundum, kemudian baru kau. Kali ni bukan kau yang jatuh mariana. Biarkan kau yang bangkitkan dia, kali ni biar dia yang jatuh untuk seketika.
Kau harus kuatkan dia.
Kau harus kentalkan dia.
Kau harus tenangkan dia.
Mariana, kau jangan mengalah (walaupun kau menangis meronta-ronta dalam hati). Kau cuba keluar dari diri kau. Kau cuba membunuh perasaan kau. Kau cuba simpan perasaan kau. Kau sudah cuba Mariana. Jika kau kalah, tak bermakna kau harus menyesal, kerana kau sudah mencuba.
Baru aku faham, kenapa dia mesege aku nak tak nak untuk pagi tadi. Rupanya seseorang mesege dia dalam keadaan yang sedih cuba untuk meraih simpati. Dan mungkin kekasih berbelah bagi. Dan aku? Perasaan aku bagaimana?
Tidak apa. Aku sudah mencuba.
Hati aku lagi sekali kecewa. Jatuh menjunam-junam. Menarik-narik rambut. Menumbuk-numbuk dada. Bertubi-tubi aku menumbuk. Berkali-kali aku menampar muka aku. Berulang-ulang aku mencakar tangan aku. Aku cuba untuk menangis sekuat hati, masih tidak boleh.
Tolong berikan cara bagaimana ingin menangis? Perlu mendengar lagu sedih untuk menangis? Perlu ingatkan kisah silam untuk menangis? Perlu mencederakan diri sendiri untuk menangis? Apa caranya? Tolong beritahu aku.
Aku tak mahu menyimpan tangisan dalam hati kerana terlalu pedih dan sakit. Aku mahu luahkan supaya kesakitan itu berlalu pergi.
Hati aku masih keras. Kenapa sekarang baru kau mahu keras? Kenapa bukan sejak dulu lagi?
Cepat lah menangis!!
Air mata, keluarlah kau. Jangan kau simpan dalam mata. Jangan kau menyorok dalam hati. Tolong lah keluar dengan cepat. Supaya air kau tidak menjadi hitam. Air yang hitam boleh mencemari hati aku. Hati aku akan rosak. Sudah lah jatuh menjunam berulang kali, jangan kau rosakkan, jangan kau kecilkan lagi.
Air mata, cepatlah kau mengalir.

Thursday, March 19, 2009

Inspirasi untuk MPG (3)

Ini juga salah satu contoh. Tetapi dengan memakai purdah seperti gambar ketiga. Kain pun lebih kurang sama. Macam mana sayang? Tetapi disebabkan pertu aku tak berapa lawa macam gambar di atas, harus lah aku menutup dengan memakai kain yang jarang pun boleh kan sayang? (mengharap harapan yang tinggi untuk memakai)