Sekarang walaupun hati aku mencucuk-cucuk dan banyak benda yang terfikir, aku cuba untuk menangis. Tetapi masih belum kuat untuk menangis. Hati aku dah kebal mungkin, ataupun hanya sia-sia air mata ni nak jatuh hanya tunggu keadaan yang sepatutnya?
Menangis lah mariana. Kau luahkan saja. Lepas ni kau mahu berjumpa, kau tidak boleh menangis. Kau tidak boleh tunjuk kau lemah. Menangis lah cepat mariana. Beberapa minit saja lagi sebelum pukul dua. Beberapa minit saja lagi kau mahu berjumpa. Kau tidak boleh beraksi begini di depannya. Dia yang mula merundum, kemudian baru kau. Kali ni bukan kau yang jatuh mariana. Biarkan kau yang bangkitkan dia, kali ni biar dia yang jatuh untuk seketika.
Kau harus kuatkan dia.
Kau harus kentalkan dia.
Kau harus tenangkan dia.
Mariana, kau jangan mengalah (walaupun kau menangis meronta-ronta dalam hati). Kau cuba keluar dari diri kau. Kau cuba membunuh perasaan kau. Kau cuba simpan perasaan kau. Kau sudah cuba Mariana. Jika kau kalah, tak bermakna kau harus menyesal, kerana kau sudah mencuba.
Baru aku faham, kenapa dia mesege aku nak tak nak untuk pagi tadi. Rupanya seseorang mesege dia dalam keadaan yang sedih cuba untuk meraih simpati. Dan mungkin kekasih berbelah bagi. Dan aku? Perasaan aku bagaimana?
Tidak apa. Aku sudah mencuba.
Hati aku lagi sekali kecewa. Jatuh menjunam-junam. Menarik-narik rambut. Menumbuk-numbuk dada. Bertubi-tubi aku menumbuk. Berkali-kali aku menampar muka aku. Berulang-ulang aku mencakar tangan aku. Aku cuba untuk menangis sekuat hati, masih tidak boleh.
Tolong berikan cara bagaimana ingin menangis? Perlu mendengar lagu sedih untuk menangis? Perlu ingatkan kisah silam untuk menangis? Perlu mencederakan diri sendiri untuk menangis? Apa caranya? Tolong beritahu aku.
Aku tak mahu menyimpan tangisan dalam hati kerana terlalu pedih dan sakit. Aku mahu luahkan supaya kesakitan itu berlalu pergi.
Hati aku masih keras. Kenapa sekarang baru kau mahu keras? Kenapa bukan sejak dulu lagi?
Cepat lah menangis!!
Air mata, keluarlah kau. Jangan kau simpan dalam mata. Jangan kau menyorok dalam hati. Tolong lah keluar dengan cepat. Supaya air kau tidak menjadi hitam. Air yang hitam boleh mencemari hati aku. Hati aku akan rosak. Sudah lah jatuh menjunam berulang kali, jangan kau rosakkan, jangan kau kecilkan lagi.
Air mata, cepatlah kau mengalir.
1 comment:
cara paling senang nak menangis
cucuk pepek guna pisau
Post a Comment