http://www.emailcashpro.com

Wednesday, March 25, 2009

Bila kata tentang hati

Rasa batu pula menghempap hati. Eh bukan batu, malah rasa terasa gunung menghempap hati. Tak boleh nak bangun walaupun cuba untuk melawan kerana terlalu sukar.
Balik ni terasa pula hujan menangis dalam badan.
Tangan masih mengawal perasaan. Cuba untuk tidak bertindak secara melulu. Fikir secara positif.
Aku nak lari. Lari dari perasaan hempatan ini. Tolong keluar hempatan. Kau tidak menaikkan semangat. Kau menurunkan semangat aku untuk cuba bangun.
Aku sudah cuba yang terbaik bagi membuka mata dia. Aku sudah cuba yang terbaik bahawa kasih aku memang ikhlas. Aku sudah cuba yang terbaik untuk dia. Jika mata dia masih melihat kasih aku dengan sebelah mata, masih lagi ragu-ragu, jantung ini pula yang akan terhiris. Jantung ini pula yang akan jatuh berulang kali.
Jika dia tidak terkawal, apatah lagi aku. Sudah aku ucapkan, hati kau hati aku. Kau sakit, aku sengsara. Cuba menenangkan kau sehabis yang baik, cuba memahami kehendak kau. Cuma aku tidak mahu pulang dengan hati yang dihempap, kerana aku sakit. Sakit yang teramat sampaikan aku ingin lari jauh. Aku ingin lari ke tempat yang tiada sesiapa pun. Hanya aku seorang dengan rumput serta angin yang mendayu-dayu. Bunyi-bunyi burung yang menemani.
Terasa pula nak mandi laut.
Terasa pula nak membunuh macam dulu.
Terasa pula nak memukul sesuatu.
Terasa pula cuba mencederakan diri sendiri.
Aku masih lemah. Teruk betul lah mariana ni. Kenapa kau ni terlalu lemah? Kau kena kuat juga untuk menentang perasaan kau ini. Kau harus cuba menolak gunung yang menghempap hati kau ini? Cepat mariana. Cepat lah kau bangkit. Jangan kau layankan sangat perasaan sakit kau ini, kerana kau sudah pun sakit.
Bila aku ingin keseorangan di tempat yang aman, hakikatnya semua orang pun tahu, tiada siapa yang inginkan macam tu, kerana tempat yang aman, kita mahu orang yang tersayang ada di sisi. Orang yang mengambil berat ada di sisi. Orang yang dikasihi ada di sisi.
Mestilah aku mahukan kekasih ada di sisi.
Cuma aku takut.
Kerana kata-kata dia sama macam Afad pernah cakap dengan aku sewaktu dulu.
A : You sayang I ke?
K : Mestilah
A : Hmm, I tak tahu lah...I rasa lain macam je
K : Kenapa?
A : Entah lah, I pun tak tahu
K : You tak percaya ke I sayang you?
A : I nak minta break
Di bawah perbualan aku dan kekasih :
W : You sayang I ke?
K : Mestilah I sayang you baby
W : Hmmm, I tak tahu lah...I rasa lain macam je
K : Kenapa ni b?
W : Entah lah, I pun tak tahu
Jantung berhenti sekejap.
Kau tahu erti trauma? Kau tahu erti takut?
Jangan.
Jangan berkata lagi tentang itu, kerana aku tak sanggup mendengar lagi. Aku tidak menyamakan kau dengan dia, cuma aku takut dan trauma. Bukan kah trauma itu lagi teruk. Aku kuatkan diri berjumpa dengan kau. Aku cuba yang terbaik menenangkan kau. Aku sedih melihat kau begini jatuh. Lagi sedih jika aku mendapat tahu kau jatuh begini jika aku tidak bertemu. Aku cuba menyimbah air kepada api. Perlahan-lahan api padam. Tetapi masih tetap sama.
Perasaan aku sekarang tidak dapat digambarkan. Terasa ingin menjerit, meraung, menjadi gila, dan cuba mencederakan diri sendiri. Bila mencederakan diri sendiri lebih puas mungkin?
Aku seikhlas hati menyayangi kau. Seikhlas hati cuba yang terbaik. Seikhlas hati untuk menjaga. Tetapi kau masih khuatir dan ragu-ragu. Sedangkan sudah berkali-kali, bukan saja dengan kata-kata malah dengan perbuatan aku menunjukkan bahawa aku memang sayangkan kau.
Aku lemah, sangat lemah.
Tolong bangkitkan aku. Aku sudah tidak tahu, sudah buntu.
Satu benda aku minta..
Tolong percaya bahawa aku sayangkan kau.
(menangis dengan deras)
Hati aku terluka melihat kau menjadi begini. Hati aku sengsara kerana aku masih tidak dapat menenangkan kau. Apa gunanya aku?
Hati aku dihempap dengan terlalu kuat.
(menangis dengan deras lagi)
Bila kata tentang hati, semuanya diluahkan dengan jujur.
Aku sayang kau.

2 comments:

Anonymous said...

KATA_KATA KERAMAT

Aku mintak maaf yang tidak tahu bila akan berakhirnya. Mintak maaf kerna aku membuatkan kau terasa lemah. Bukan sengaja. Cuma perasaan ini dapat merasakan kelainan kau bila bersama aku.

Ya aku ragu setelah melihat apa gambar dan nota buat dia di dalam pendrive yang kau berikan. Ia hanya perasaan yang terlampau jujur. Aku hanya ingin bertanya dan bukan diminta untuk disamakan dengan kekasihmu yang lain.

Minta maaf sekali lagi aku mengeraskan jiwa untuk memberontak. Mengapa aku perlu disamakan?pernahlkah mereka lalui kepahitan yang aku lalui semasa aku ingin menyambut cinta kau. Pedih tidak tergambar. Jantung seakan terhenti!

Semakin ingin aku percaya semakin kau halang kerpercayaan aku dengan perkara-perkara itu. Kau tidak mahu aku mengenang tetapi kau berikannya. Jauhkanya dari aku AGAR TIDAK AKU TERFIKIR LAGI AKAN SEJARAH LALUMU. kerna aku ingin cintai kamu. Aku sayang kamu. Aku mahu kamu. MARIANA SHAHIRAH.

Anonymous said...

hahaha
kamoo tak ubah seperti kanak-kanak taska!