Terima kasih kerana memberi kata-kata yang mungkin sudah lama aku nantikan. Kata-kata untuk bersahabat kembali. Terima kasih kerana masih memaafkan walaupun aku berkata bisa terhadap kau. Terima kasih kerana sudi lagi bersahabat walaupun, sudah berduri berdarah dalam badan.
Maafkan atas keterlanjuran kata-kata yang mungkin kau tidak dapat menerima iaitu :
K : *toot* boleh tak I minta you satu benda. Tolong berhenti cintakan I
Bermaksud aku tidak mahu kau menaruh apa-apa lagi harapan. Harapan yang kau tidak mungkin kecapi, dan aku sampaikan. Maafkan aku, kerana aku masih membuat silap yang sama.
Kertas yang kita selalu warnakan itu sudah dikoyak, dibuang jauh-jauh. Sudah melayang entah kemana, yang mungkin kita tak dapat cari. Kertas yang kita selalu warnakan itu, sudah luntur warnanya menjadi kusam. Yang kita sendiri sudah tahu apa maksudnya.
Sedangkan apa yang kita tidak sedar, masih ada banyak lagi kertas-kertas yang masih menanti untuk diwarnakan. Masih ada banyak lagi kertas yang ingin dicantikkan.
Jika kau ingin kan bersahabat, apakah kau akan menegur aku seperti dulu? Jika kau ingin kan bersahabat, adakah kau akan duduk di sebelah aku dan mula pertengkaran kata-kata dengan pensyarah? Jika kau ingin bersahabat, apakah kau akan memandang aku seperti mana kau pernah pandang?
Terima kasih kerana kau mencuba untuk tidak mencintai dan menaruh harapan. Hanya kasih sayang sebagai seorang sahabat yang lebih kekal bukan?
Kita bersahabat ya?
Tapi..tapi..siapa yang ingin menurunkan ego untuk berbicara depan-depan?
Kau sudah menurunkan ego kau di sini, jadi aku harus menurunkan ego di hadapan pula? *fikir kejap*
Sama-sama turun ego boleh tak?
Hakikatnya aku rindukan sahabat susah senang.
Jika kita bersahabat kembali boleh lah kita berbicara lucah-lucah lagi. Jika kita bersahabat kembali boleh lah mengumpat lelaki-lelaki yang kacak. Jika kita bersahabat kembali boleh lah kita sentiasa ke Mc'D seksyen 3 untuk makan.
Jika kita bersahabat boleh kau keluar bersama aku dengan kekasih? Jika kita bersahabat boleh kau masih memandang aku dengan kekasih?
Terima kasih sahabat, kerana kau masih ingin bersahabat dengan aku.
No comments:
Post a Comment