Dimana wanita berdikari?
Oh dia masih di sini. Dia masih berdiri lagi. Dia masih teguh menghadapi sakit. Dia masih bergaul dengan kemeriahan. Dia masih mampu tersenyum dengan ikhlas. Dia masih lagi mempunyai sfat yang tegas barangkali orang takut ingin menegur.
Dimana wanita berdikari?
Oh dia masih celik. Dia masih mengasihi dan dikasihi. Dia masih perlukan seorang kawan untuk berkongsi susah senang walaupun dia ada kekasih yang sentiasa ada. Dia cemburu melihat kekasih yang ada teman susah senang, dan dia pula bersandarkan sepenuhnya pada kekasih.
Dimana wanita berdikari?
Oh dia masih mantul. Dia masih menegakkan apa yang dia rasa benar. Dia masih dengan ego yang tidak boleh tolerate mungkin. Dia masih terlalu kuat dengan kesan pengalaman. Dia masih trauma dengan pengalaman yang lepas. Dia bukan ingin menjadi begini, cuma dia sudah dikebalkan dengan kesan-kesan menjadikan dia senang memberontak.
-cut-
Tak ramai wanita yang boleh berdikari dengan sendiri. Tak ramai wanita yang boleh buat kerja keseorangan. Mesti ada teman. Aku? Dah biasa tak ada teman. Lebih senang bergerak sendiri, kerana cepat habis.
Tak ramai juga wanita yang boleh mengangkat barang pindah rumah. Tak ramai juga wanita yang suka buat kerja yang lasak. Aku? Dah biasa mengangkat barang-barang berat kerana aku anak sulung di rumah. Segala kerja aku buat. Kerja lasak? (bayangkan aku buat kerja lasak)
Marilah kita bercerita tentang wanita berdikari. Kali ini saya bukakan kepada para wanita.
No comments:
Post a Comment