http://www.emailcashpro.com

Saturday, March 28, 2009

Tajuk apa pun tak tahu

Penat sebenarnya. Selepas habis silat, yang merupakan kali pertama aku tidak terlalu concentrate disebabkan *tooot*, aku makan bersama Jee dan Epul. Berlari ke set shooting kerana kekasih accident. Nak jadi stuntman pun kena pandai jaga diri. Sempat bergaduh dengan orang celaka yang cari pasal kerana memandu secara cucuk-cucuk. Aku berhenti kereta ke sebelah, tak sangka pula dia pun berhenti.
Walaupun badan kau besar mana, bila aku dah marah semua aku tak ingat asalkan perasaan tak puas hati ini keluar dari hati. Tak sanggup nak berbuku. Dengan masih memakai baju silat, aku keluar dari kereta. Dia hampir nak memukul, aku mencabar, tak pula naik tangannya.
K : Kau jangan ingat badan kau besar mana, aku takut. Lain kali bawa kereta tolong hormat orang lain. Dah tua fikir secara matang, jangan pakai lutut!
Terus masuk kereta.
Cari di mana kekasih. Tangan dia luka, belakang dia luka dan lebam, kaki dah sakit. Mula lah keluar ceramah dari aku.
Untuk assigment silat pula aku tak tahu bagaimana nak settle kan. Susah nak mencari matlumat tentang TunPerak. Kurang di internet, kurang juga di buku.
Semalam ada juga kejutan nya,
J : Happy anniversary
Ya, setiap 27 haribulan dia akan ucap walaupun aku dengan dia sudah tidak ada apa-apa. Aku tidak membalas, tak berkata apa. Terus padam. Buku lama sudah ditutup, sudah juga dibungkus. Tak perlu dibuka lagi. Kerana buku baru inilah harus aku teruskan.

4 comments:

Anonymous said...

penulisan kau tidak sejujur dan sehebat dulu..mungkin sebab si DIA yang memantau.

Anonymous said...

orang yang lain
jangan terlampau sebok!!!

Anonymous said...

You, i'm here..
Terus menulis..jangan bataskan penulisan you sebab i..terus menjadi penulis yang hebat.

I LOVE YOU

omgpetch said...

anonymous anonymous. haha. mcm kenal siape