http://www.emailcashpro.com

Sunday, March 29, 2009

Sakti

"Sakti..!"
Aku mencari-cari di mana Sakti. Geledah di bilik, tak ada. Geledah dalam almari baju, tak ada. Baju semua masih tidak berlipat. Hanya longgokkan dalam almari. Geledah dalam beg tangan di celah-celah masih tak ada. Campak semua barang make-up yang ada atas meja ke tepi. Masih tak ada. Duduk atas katil, menggaru-garu kepala, oh yaaaa baru aku teringat.
Aku masuk dalam bilik air. Rupanya ada atas sinki.
"Thank god" sambil memeluk Sakti.
Sakti sudah bersama-sama aku sejak aku di tingkatan tiga. Sekarang umur aku sudah mencecah 23 tahun. Cuba kira berapa tahun. Aku tak pandai matematik. Bodoh mengira. Setahu aku, terlalu lama Sakti bersama aku. Dia pernah hilang kejap. Meraung-raung aku mencari. Rupanya dalam poket seluar yang aku pakai. Bodoh betul aku.
Mana-mana aku bawa Sakti bersama. Aku tak boleh tinggalkan dia. Dia dah jadi sebahagian hidup aku.
" Sakti..."
Papa pun dah tak peduli dengan aku sebab aku sentiasa berkepit dengan Sakti.
"Aku dah malas nak ambil kisah pasal kau"
Sampai macam tu sekali kan papa cemburu? Tak apalah, asalkan Sakti bersama aku.
Mama?
Mama lagilah tak pedulikan tentang aku. Sibuk keluar dengan jantan lain. Suami tak terjaga, anak terabai. Papa sibuk dengan bussiness kapal. Betina pun keliling pinggang. Yang aku pelik...tak bercerai pula mereka berdua? Mungkin kerana aku mungkin.
Sebab itu lah aku memerlukan Sakti. Sakti menjadi peneman hidup aku. Sakti yang menceriakan hidup aku. Susah senang Sakti bersama.
Member-member aku pernah cakap..
"Dah dah lah tu dengan Sakti kau. Rimas aku tengok"
Rimas-rimas kau pun, sibuk nak pegang juga.
Aku tak belajar, bekerja pun tidak. Padahal umur dah agak tua bangka. Tapi duit sentiasa penuh, disebabkan aku pencuri yang handal. Aku tahu papa simpan duit yang banyak kat mana. Pernah kantoi sekali, papa perasan duit dia banyak hilang, tapi aku tak pernah kena. Mama yang jadi sasaran. Aku hanya melihat mereka bertengkar, papa pukul mama, mama pukul papa. Dah lali. Gelak terbahak-bahak dalam hati. Padahal sejak aku curi, aku dah kumpul RM10,000. Air mata ni, dah penat nak keluar. Jadi dia duduk diam dalam mata.
Masuk dalam bilik aku bercerita dengan Sakti. Sakti pendengar yang setia.
Jalan-jalan keluar ke bandar. Sakti hanya duduk diam dalam poket seluar. Aku mencari-cari di mana member-member sial yang berhutang dengan aku. Cari-cari mereka tak ada. Terserempak pula dengan jejaka idaman di Starbucks KLCC.
"Meya!"
Dengan muka yang selamba ditambah lagi dengan jantung yang lajur bersapa dengan dia. Duduk di sebelah. Dia macam biasa. Masih lagi bersama APPLE kesayangan nya. Aku bersandar pada kerusi melihat setiap inci di mukanya.
"Meya kenapa sorang-sorang je?"
Aku tak menjawab, hanya tersenyum sebagai jawapan.
Sakti di dalam poket sudah memanggil-manggil. Jejaka idaman itu terpinga-pinga melihat aku terus bangun dari situ.
Sampai di rumah, aku berbual-bual bersama Sakti.
Banyak kali member aku bahan tentang Sakti,
"Wei, gam apa kau pakai ni?"
"Ni bukan gam lah, ni Sakti"
"Sakti?Hahahahahahaha. Gam pun kau nak bagi nama?"
"Pergi mampus lah"
Kesian Sakti kan? Biarlah nak bagi nama apa pun. Asalkan Sakti yang sentiasa dengan aku. Sakti yang menceriakan hidup aku.

No comments: