http://www.emailcashpro.com

Thursday, November 14, 2013

Kadang aku tergelak dengan ujian yang Tuhan berikan. Bukan mengejek. Tapi betapa hebatnya DIA untuk menyedarkan kita dan berikan petunjuk. Allah itu Maha Penyayang. Aku mohon agar dilindungi dari sebarang kesakitan, maka begitu cepat dimakbulkan walaupun kebenaran itu agak susah untuk aku terima. 

Aku bersyukur. 

Bersyukur kerana tidak terlalu lama meletakkan harapan kerana takut nanti jatuh tersungkur susah nak bangun. 

Dalam minggu ni aku mengalami masalah dengan menghadapi masalah sendiri tanpa sokongan dari sesiapa. Kadang itu mahu juga ada antara teman yang tanyakan khabar dan ikhlas menadahkan telinga untuk mendengar. 

Aku tak salahkan sesiapa. Aku sendiri yang menjauhkan diri dan tidak mahu bercerita. Patutnya jika aku ingin kongsi rasa sedih, aku lah yang cari teman. Ya dak? Ke salah? Ke dua dua tak pasti? Entah lah.

Hebat sungguh ujian yang Tuhan berikan kali ini. Setiap kali akhir tahun. Setiap kali itu. Aku bertarung dengan emosi. MasyaAllah. Aku yakin Tuhan menyayangi aku dan tidak mahu aku terlajak dari landasan. Tidak mahu aku jauh menyimpang. Tidak mahu aku terusan buat dosa yang berkali aku minta keampunan dariNya mahupun dilindungi dari buat perkara yang sama. 

Ini adalah petanda bahawa aku perlu mencari ketenangan sepertimana aku merasainya penuh kesyukuran akhir tahun lepas, selepas jiwa aku ranap yang paling teruk. Ketenangan lah yang paling aku mahukan untuk aku rasa bebas dengan rasa, bebas dari sebarang negatif, bebas dari semuanya. 

Dengan hanya melihat keindahan ciptaanNya, mengenali dengan bermacam orang, explore tempat yang sangat rare, mengalami pengalaman baru yang berikan keterujaan. JUJUR AKU RINDU RASA ITU. Aku sangat bahagia dan tenang waktu itu. 

Aku perlukan balik rasa itu untuk aku baik pulih semangat dan harapnya aku dapat bertemu dengan jodoh yang sebenar.

No comments: