http://www.emailcashpro.com

Sunday, November 10, 2013

Bismillah...

Hujan lebat sekarang di waktu subuh sapi'i. Aku masih lagi bermain dengan perasaan dan akal. Cuba mencipta imaginasi di mana boleh mendatangkan semangat untuk aku terus kuat dan sentiasa bahagia dengan apa yang ada. 

Aku rasa tidak salah jika satu ketika kita ingin beremosi. Bukannya satu negatif. Luahan emosi itu kadang boleh melepaskan rasa beban dalam hati. Kongsi dengan orang yang kita percaya. Rasa disayangi bila orang peluk dan bisikkan "bersabarlah, kamu kuat."

Sekarang aku hanya bercakap dengan diri sendiri dan memeluk hati sendiri. Aku rindu ingin kongsikan rasa sedih dengan seseorang dan menangis sama sama. Semangat dari kawan-kawan sebenarnya menguatkan lagi semangat kita kerana masih ada lagi orang prihatin. Tapi dalam situasi aku...

Aku sejenis makhluk yang senang kongsikan kasih sayang. Yang menjaga anak-anak dengan perhatian dari seorang ibu. Sehinggakan aku sendiri tidak terjaga kerana terlalu sibuk menjaga orang lain. Bagiku tidak salah, kerana aku sememangnya ikhlas dan tidak pernah berkira. 

Cumanya satu ketika, aku penat. Bukan mengungkit, jauh sekali. Aku penat untuk menjaga dan melihat keadaan orang-orang yang aku cukup ikhlas kongsi rasa sayang sampaikan bila aku mahukan pelukan dan semangat tiada siapa yang datang berlari untuk tanyakan khabar. 

Percayalah...walaupun aku sentiasa memberikan semangat dan nasihat tidak semestinya aku seorang yang terlalu kuat bila berdepan dengan situasi yang meranapkan emosi. Aku juga mahu dimanjakan. 

Dengan siapa aku mahu jadi jujur? Ya, hanya dengan Tuhan yang sentiasa mendengar aku mengeluh dan mengadu. Mengadu pada Tuhan seperti berbual dengan rakan. Tuhan itu sentiasa ada dengan aku. Aku yakin dan percaya di setiap kejadian sentiasa ada sebabnya. Mungkin Tuhan memberi peluang pada orang orang yang memerlukan untuk aku ada bersama. Untuk aku terus mengajak berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. 

Dan aku percaya...satu hari nanti Tuhan akan pertemukan aku dengan seorang lelaki yang akan menjaga tanpa aku meminta. Tanpa aku berlari, tanpa aku bertanya. 

Aku langsung tidak simpan dendam dengan orang orang yang mengklasifikasikan aku dalam kategori 'insan yang teruk/tak guna'. Jika ingin lihat waktu dulu, betapa buruknya perangai hingga tidak sedar membuka aib sendiri. Banyak dosa yang aku tayangkan pada semua orang tanpa sedar meletakkan persepsi buruk. Aku sendiri bukan orang lain. 

Aku banyak belajar dari kesilapan dengan petunjuk yang Tuhan berikan. Syukur sebelum lagi terbabas. Aku percaya peluang untuk berubah sentiasa ada, dan aku juga percaya bahawa ada masih lagi orang percaya tentang belajar dari kesilapan. 

Aku tak mahu buang masa dengan memikirkan persepsi orang terhadap aku, kerana aku tahu mana yang benar dan Tuhan sentiasa tunjukkan kebenaran. Aku dalam kalangan orang yang teraniayai. Dan tak pernah aku mendoakan perkara yang tidak elok pada orang yang buat buruk pada aku. Aku sentiasa mendoakan agar Tuhan lapangkan hati mereka dan tunjukkan kebenaran. 

Orang yang ikhlas datang, aku depakan tangan memberikan pelukan kasih sayang. Once you become my friend, you're apart of my family. 

Orang yang tidak pasti, aku depakan tangan memberikan pelukan kasih sayang tanpa berkira. Once you fuck up, I will forgive you and I wont bother about you anymore. I dont need negative people to wasting my time.

No comments: