http://www.emailcashpro.com

Wednesday, October 30, 2013

Kali ni aku tak bohong. Tak bohong setiap hari aku mahu untuk kongsi dengan Neverland. Serious tak bohong. Dan pada waktu ini, sudah tiba masanya aku tidak lagi berdiam diri. 

Serba salah dengan diri sendiri. Kenapa perlu rasa takut dengan luahan sendiri? Kenapa perlu takut dengan apa yang kita rasa dengan apa yang akan jadi?

Sendirian lagi. Bukanlah mengeluh atau minta simpati. Tak pernah. Jatuh bangun sendiri. Paling sakit bila bertarung dengan jiwa dan akal. Akal mahukan itu, hati mahukan ini. 

Sejak kejadian akhir tahun lepas yang membina kehidupan yang lebih baik telah banyak membantu aku dari segi pemikiran yang matang dan jangan biarkan emosi mengawal diri. Aku sentiasa bersyukur pada Tuhan kerana sentiasa mendengar dan memberikan petunjuk setiap kali aku memohon. Aku yakin bahawa Tuhan melindungi aku dan sentiasa membawa aku ke arah kebaikan. 

Bagi aku perubahan yang amat drastik tidak akan membawa apa kesan melainkan aku melepaskan satu demi satu dengan berdepan dengannya dan belajar darinya. Aku bukanlah di dalam kategori manusia yang melarikan diri dari masalah. Aku juga bukanlah di dalam kategori manusia yang berdendam mahukan pembalasan dengan menunjukkan bahawa kita boleh buat yang lebih baik. 

Aku sendiri tertanya bagaimana orang boleh bawa rasa benci dan dendam dengan begitu lama. Tidak penatkah mereka sentiasa membenci? Sedangkan orang yang dibenci tidak pernah fikir tentang orang yang membenci. 

Jadi kenapa perlu hirau? 
Dengan ihsan dan kasih sayang dari Tuhan aku berjaya menolak perkara yang aku paling takut untuk hilang. Dimana kekuatan itu datang semuanya dariNya. Aku telah melepaskan dengan penuh rasa sayang, tak langsung ada benci. 

Naluri atau hasutan. Aku juga bersyukur kerana naluri aku tidak bercampur aduk dengan hasutan dan hampir kesemua detikan naluri aku tepat. Masih lagi dalam peringkat belajar dan tak akan pernah berhenti belajar. Walaupun kadangkala aku jadi amat sedih bila nampak kebenaran sebelum kejadian. Contoh situasi bila aku mula berminat ingin kenal dengan seorang lelaki, niat sebenar dan apa yang difikirkannya aku ketahui tanpa dikeluarkan dari mulutnya. Semuanya tertunjuk atas tingkahlakunya dan petunjuk yang aku mohon pada Tuhan. 

Dalam ayat kasar yang lain "dont bullshit a bullshitter" atau "jangan tipu seorang penipu" di mana aku telah menjadi mantan penipu. Eh! Semua orang menipu. Dalam situasi aku, aku tidak lagi menipu dengan menyakiti orang lain dan untuk kepentingan nafsu setan sendiri. 

Sudah cukup. 

Sudah cukup untuk aku bercinta dengan orang yang tak pasti. Sudah tiba masanya untuk aku bercinta dengan orang yang ikhlas dan ingin mengahwini. Aku sudah penat untuk mulakan bibit perkenalan yang akhirnya membuahkan harapan kemudian harapan itu jadi punah. Dan lagi, lagi dan lagi. 

I dont want to be with a man that are still not ready for a serious commitment and not even ready to leave a party lifestyle.

Aku baru saja 23 tahun, dan aku percaya umur tak menentukan kematangan seseorang. Aku sudah puas dengan keseronokan nafsu yang hanya sementara. Aku mahukan kebahagiaan yang berkekalan. 

Aku tidak mahu risau dengan apa yang orang fikirkan tentang diri aku dan aku tidak perlu bersungguh menjelaskan pada orang tentang kebenaran walaupun aku dicaci. 

I know myself better, and GOD always be with me. As long, am happy with my life and family that's all matter to me.  Hiduplah dikelilingi dengan kasih sayang, bukanlah hidup untuk duit. 


No comments: