http://www.emailcashpro.com

Saturday, August 3, 2013

"Kalau aku punya peluang untuk diamkan kau dengan ikat pada kerusi dan sumbat mulut kau agar kau tidak bersuara dan hanya mendengar apa yang aku mahu sampaikan"

--

Aku yakin Tuhan amat menyayangi aku sehinggakan petunjuk itu datangnya dengan cepat dan bila terlalu cepat, kadang kala aku tak mampu. Aku tak mampu untuk berdepan seorang diri untuk setiap kali. 

Jatuh bangunnya diri sendiri. Mana datangnya semangat dan kesedaran semuanya diri sendiri. Aku tidak capai mana-mana tangan atau menerima pelukan simpati untuk angkat aku dari tersungkur. Aku sendiri merangkak dan bangun perlahan-lahan.

Aku struggling dengan amat dahsyat dan mungkin itulah sebabnya dimana aku mendapat kekuatan. Aku tidak suka melarikan diri, dan walaupun terseksa untuk berdepan aku jadi berani. Berani untuk diri sendiri. Berani membuktikan bahawa aku boleh terus hidup. 

Aku tahu Tuhan amat memahami niat aku yang sebenar. Bagaimana aku masih cuba berlari walaupun tenaga tidak kuat. Kenapa aku menangis menggigil seorang diri mengunci dalam bilik, kenapa kadang kala aku perlu setkan minda aku bahawa semuanya akan tambah baik walaupun hakikat sebenarnya aku perlu buat sesuatu, kenapa aku kadang kala hanya diamkan diri dari menegakkan kebenaran, kenapa aku buat sesuatu yang tak dipersetujui oleh orang lain, dan kenapa kenapa kenapa kenapa dan seterusnya...

Aku tidak perlu menjelaskan kerana kesudahannya orang masih lagi menjatuhkan semangat aku dan persepsinya perlu diambil kira. Bukanlah atas sebab benar memahami kesusahan/sakit dan cuba untuk menolong. 

--

There's no turning point. Chances had enough. 

Anggaplah peluang itu salah satu masa dan aku tidak mahu lagi menghabiskan kehidupan aku dengan membiarkan orang lain merosakkannya.

No comments: