http://www.emailcashpro.com

Friday, July 12, 2013

Jangan tertipu dengan gambar. Okay...mungkin kena percaya sedikit. Aku sudah hampir/sudah mencapai misi menurunkan berat badan. Mungkin ramai katakan aku terlalu kurus sedangkan mereka biasa melihat aku berbadan comel dan untuk aku pula aku yang rasa lebih senang. 
 
Senang bergerak. Senang mencari baju/seluar. 
 
Rasa lebih sihat, tidaklah rasa mengah ataupun kurang keyakinan diri. 
 
Faktor pertama pada mulanya disebabkan putus cinta/hilang harapan. Faktor kedua pula ditambah lagi dengan kerja yang mengawal hidup aku.
 
Ditambah didarabkan maka hasilnya beginilah. 
 
--
 
Rezeki bukanlah di tangan sesiapa melainkan Tuhan. Dan bukanlah rezeki kita kalau kita tidak dapat apa yang kita mahukan. Tetapi... apabila kita sudah meletakkan harapan dengan orang yang offer job kemudian dipinggarkan begitu sahaja tanpa khabar berita. 
 
Aku bukan peduli kalau diberi penjelasan dengan "kimie, aku tak cukup budget nak bayar kau", :"kimie, sorry aku dah ambil orang lain lah" dan sebagainya supaya aku sedar dan cepat mencari job yang lain. 

Macam aku katakan, bukan rezeki aku. Cumanya aku mengharapkan agar setiap orang harus ada common sense yang cukup tinggi apabila menawarkan sesuatu pekerjaan kepada orang. Bila berkaitan dengan pekerjaan mestilah berkaitan dengan rezeki. Janganlah buat orang lain terasa dianiayai. 

Bukankah bila kita berbudi, orang akan senang. Janganlah beri tahi, orang akan benci.

No comments: