Bismillah.
--
Bukanlah mengeluh, cuma mungkin kehidupan aku penuh dengan drama. Bukanlah drama yang berat, cumanya drama yang sama berulang kali. Aku tahu ini adalah ujian dari Tuhan, menduga kekuatan dan semangat aku.
Aku sudah nampak cuma setiap kali itu aku sangkalkan kerana aku sentiasa memberi peluang dan tidak mempercayai sepenuhnya naluri aku kerana mungkin dicampur adukkan dengan emosi setan.
--
Aku dalam keadaan yang amat menyedihkan. Bukan seperti yang kamu sangkakan. Cumanya badan aku lemah, tidak bermaya, tidak lalu makan, rasa mahu menangis tapi entah kenapa bersedih sahaja. Murung.
Mungkin ini membuktikan perasaan aku yang sebenar bahawa aku dah mula sayang dan mengambil berat.
No comments:
Post a Comment