Thursday, January 31, 2013


Gambar tiada kena mengena dengan entri. Aku terasa kosong sunyi page Neverland ni tanpa gambar setiap kali post.

--

Syukur atas rezeki yang tak putus melimpah.

Aku memang jenis yang agak tenang kalau masih ada masalah. Cuma kalau bertimpa-timpa kepala aku nak meletup, jadi cara untuk melepaskan adalah menangis duduk di ceruk bilik. Tunggu sejam, aku akan jadi orang yang annoying balik.

Bikin Filem tak lama lagi. Location ada yang locked down, ada yang masih mencari. Tekanan dan bebanan aku dah rasa, tapi aku cuba untuk tidak merungut. Aku tidak merungut tentang kerja, tidak.

Cuma...

Jika aku memahami kehendak orang dan berusaha untuk menangkan hati, tidakkan pula orang cuba memahami aku yang kadang tu berseorangan sedangkan kerja dua tiga orang. Tak apa, aku cuba. Aku boleh. Aku sehabis baik berikan yang terbaik.

Aku cuma berharap agar orang memahami kondisi aku, walaupun hakikatnya orang mana nak ambil kisah pun janji apa yang dia nak dapat.

Aku dah makin lari dari track asal. Aku rindu bercakap denganNya. Aku rindu mengadu kasih padaNya.

1 comment:

Puteri Lanun said...

kimieeeeeee...
miss u... ^_^