http://www.emailcashpro.com

Friday, February 8, 2013

Permulaan minggu ni Tuhan turunkan ujian. Setiap hari ada masalah baru, setiap hari aku cuba bertenang sehabis mungkin untuk tidak memudaratkan diri. Bila aku dah terlalu penat, aku banyak mendiamkan diri. Ambil masa untuk bertenang, fikirkan tentang penyelesaian.

Aku ambil keputusan untuk rasa senang. Yang mana bawa kebaikan aku pergi, yang mana memudaratkan aku elak.

Bikin Filem makin hampir, makin hampir juga tekanan. Tertekan kerana masih lagi rasa tidak beri sehabis baik. Aku bukanlah orang yang lari dari tanggungjawab. Kerja yang aku suka, aku perform sehabis baik. Orang kata nilai kerja kita haruslah sama dengan nilai gaji kita. Tidaklah kita makan gaji membabi buta. Gaji besar, usaha tak besar mana.

Ini adalah jiwa aku. Yang buat aku rasa hidup. Yang buat adrenalin aku pantas menderu deru. Yang buat bulu roma aku menegak. Yang buat aku rasa bersemangat. Satu hari nanti, aku yakin jika aku rajin simpan duit (tak pernah simpan sebab suka keluar) ikhlas berkawan pandai bicara dapatlah sponsor untuk bikin filem sendiri.

--

Hari ni keterujaan aku jelajah sana sini bertambah-tambah. Aku tak boleh simpan perasaan excited dan jujur lahir di muka (ayat asal sastera sangat ni woi!) Aku tak hirau orang sekeliling, aku sentiasa senyum tersengih-sengih, berani tak bertempat dan nasib baik aku punya pujukan diterima (kahkahkah)

No comments: