Tuesday, January 22, 2013

Alhamdulillah.

Syukur, doa aku begitu cepat dimakbulkan supaya diberikan petunjuk, jawapan. Tiada lagi teka teki.

--

Ini adalah bukanlah perjudian, tapi adalah keputusan. Keputusan untuk memberi peluang untuk bahagia lagi. InsyaAllah, Amin.

Aku masih lagi belajar bagaimana untuk membezakan firasat ataupun hasutan. Setiap kali itu aku minta dariNya, dan alhamdulillah Tuhan berikan jawapan.

Kali ini bukan main-main. Kali ini perlulah bersikap matang, walaupun umur masih muda. Sampai bila berperilakuan seperti budak sekolah.

Kita punya akal fikiran untuk berfikir dan hati untuk perasaan. Seimbangkan kedua-dua, janganlah sampai memudaratkan.

Tuhan benar sentiasa memberikan peluang jika kita benar ikhlas.

Syukur, doa aku termakbul lagi.


No comments: