Bismillah.
Jujurnya, aku memang tak boleh lari dengan mengutarakan hujah atau penulisan aku memang berunsur serious. Lebih kepada peribadi. Bukanlah untuk menarik minat atau perhatian sesiapa. Sebab itulah aku tidak menghebahkan pada semua orang. Cukuplah aku letak link di Twitter. Tak ramai pun yang nak tengok bio tu.
--
Disebabkan aku tiada siapa untuk bercerita atau aku tahu orang akan jelik setiap kali mendengar cerita aku. Sebab itulah Neverland setia sejak azali.
Sepanjang perubahan aku ni, banyak ujian dariNya. Sama ada aku kuat ataupun tidak. Sama ada aku kepercayaan dan keyakinan aku masih kuat padaNya.
Aku bersyukur kerana hati aku boleh menerima kebahagiaan lain. Aku bersyukur kerana ingatan aku tidak lekat pada masa silam. Hati aku tidak lah berdenyut sepeti dulu. Alhamdulillah.
Permulaan ini adalah proses pengenalan. Aku tidak mahu sesiapa yang kecewa. Proses pengenalan ini cukup memberikan aku semangat baru. Untuk terus memandang ke hadapan, supaya tidak rasa simpati ke atas yang memalatkan. Perut aku rasa rama-rama, sengih menggedik, lompat kanak kanak ribena.
--
Walaupun aku banyak kali dirabakkan, dipalatkan, ditahikan aku bukanlah jenis yang tiada hati perut bila orang dalam kesusahan walaupun kesusahan itu dilempar pada aku waktu dulu. Aku tak boleh menerima ataupun melihat orang mengalami kesusahan yang sama, sakit yang sama, sebab aku sendiri mengambil masa yang lama untuk bangkit, untuk hilang rasa sakit, untuk kuat semangat mengadap kawan-kawan yang serupa bangsat.
Aku sentiasa mendoakan orang yang pernah wujud dalam hidup aku. Mendoakan agar hidup mereka diberkati, tidak diberi dugaan yang berat, diberikan petunjuk agar tidak jauh menyimpang. Amin.
Aku mahu memesan, bukanlah menyibuk ataupun mengongkong lagi. Aku memesan kerana sudah jauh pendirian kau, aku sudah dapat melihat apa yang bakal terjadi. Aku buat keputusan untuk berdiam diri kerana aku tahu segala nasihat ataupun pandangan tidak akan diterima, kerana mungkin aku masih muda tidak pun kerana ego seorang lelaki.
Jadi, aku minta kepada Tuhan. Agar melindungi dari perkara yang memudaratkan. Agar tidak ditimpa musibah yang berat, agar diterangkan jalan, agar kembali sedia kala. Amin.
Berkecai hati bukanlah kerana disakiti tetapi melihat kau yang sudah jauh arah tujunya. Sudah jauh pendirian kau yang akan memudaratkan diri. Astaghfirullah.
Bagaimana untuk aku katakan jika keputusan yang kamu ambil ini sungguh memudaratkan dan akan menjatuhkan diri kamu. Aku biarkan kerana setiap orang berhak membuat keputusan sendiri. Jika keputusan itu salah, ambil lah pengalaman. Kerana melalui pengalaman yang membentuk diri dan pendirian.
--
Cut of it.
--
I'm happy with my life now. I'm glad I have my family around me, keep them safe and happy.
Dan juga, saya cukup seronok dapat kenal dengan seorang jejaka dari *toot* yang punya sikap membuatkan aku begitu senang, selesa dan mendamaikan. Jejaka yang berkepala singa, terima kasih sebab ada untuk menceriakan hati saya, hilang rasa sedih, muncul rasa senang.
No comments:
Post a Comment