http://www.emailcashpro.com

Wednesday, January 16, 2013

Idea datanglah kamu *pejam mata sambil jari telunjuk tekan di kepala* 

Otak aku kurang berfungsi dengan baik kebelakangan ni. Aku rasa tak best bila aku tak boleh fikir secara kritis. Aku rasa tak senang duduk. Tak tahu nak buat apa. Mungkin sebab kerja tertangguh walaupun semua hampir ada disebabkan PM masih lagi di Kedah. Nak buat surat pun kena ada kelulusan dari PM. 

Aku perlu tonton banyak lagi movie yang bagus. Sebab tu aku rasa kosong agaknya. Ada saja masa kalau mahu pergi tonton wayang, 5 minit dah sampai sebab Wangsa Walk depan rumah saja. Disebabkan kesempitan duit, aku tangguhkan. Aku rasa duit itu lebih bagus kalau dibelanja untuk benda lain. 

Baru-baru ni aku dapat tonton wayang. Fire with Fire. Aku rasa nak mengamuk. Rasa nak cabut semua kerusi wayang sebab kenapa cerita ni sangatlah tahi, dan kenapalah Bruce Willis boleh terima untuk berlakon dalam cerita ni? 

1. Dragging
2. Kesan tak sampai
3. Motif pembawa cerita kabur
4. Ending sampah
5. Keganasan tak sampai tahap wow factor

Teringat filem Dredd. WAJIB beli dvd cerita tu dan filem Looper sekali. 

Aku tak sempat nak tonton Les Miserables. 

Jadi permulaan tahun 2013 disajikan dengan cerita yang menyakitkan hati. 

No comments: