http://www.emailcashpro.com

Friday, November 2, 2012

Aku dah hilang inspirasi. Aku sendiri tertanya mana hilangnya semangat. Adakah disebabkan keselesaan ataupun disebabkan kaca. 

Disebabkan kaca aku hilang semangat. Disebabkan kaca emosi aku sering tak stabil. Disebabkan kaca aku banyak berfikir yang boleh meruntuhkan semangat aku dan menjadi malas. Disebabkan kaca aku tak sedar diri aku dah serabut. 

Aku banyak bermenung. Ya aku dah jauh menyimpang. Aku harus kembali bersemangat. Perlu jauhkan diri dari kaca. Perlukan kaca hanyalah sebab tujuan yang satu itu, tapi rupanya dah sebati dengan diri. Bila dah sebati dengan diri, personaliti aku berubah. 

Aku jadi begitu serius. Aku jadi begitu lemah. Badan aku sudah tidak bermaya. Aku pun sudah jarang jumpa kawan-kawan. Aku pun banyak mengutarakan alasan. 

Adakah sebab kaca? Ataupun diri aku sendiri? 

Aku ada impian. Dimana impian itu sering ditangguh atas sebab kewangan dan masa. Aku cuba dan sentiasa cuba mencari apa yang aku mahukan. Jujurnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Aku sudah cukup bahagia. Cuma ada lagi kekosongan, ada lagi kesempitan, ada lagi masalah. 

Masalah memang tak boleh lari. Aku sendiri yang mencari. 

Cuma...

Kita melihat dengan apa yang kita mahu melihat, bukan melihat keberangkalian. Disebabkan itu jatuhkan JUDGING. 

"Kimie ni busynyaaaaa dengan kerja, susah nak jumpa sekarang ni"
"Kimie, kau bila nak kerja? Asyik duduk rumah je. Keluar lah kerja"

Kerja salah. Tak kerja pun salah. Diri sendiri pun tak mengeluh. Ada pula orang yang sudi mengeluh untuk kita. 

Mind your own business. 

Aku sedang cuba berubah ke arah yang lebih baik. Aku sedang cuba melakukan sesuatu yang aku suka. Jangan paksa, jangan nilai sebelum kau kenal aku. 

Cuma...

Berikanlah aku kasih sayang dan pelukan tanda kau mempercayai aku. Bahawa aku boleh berubah. Bahawa aku boleh dapat yang terbaik. 

No comments: