http://www.emailcashpro.com

Monday, September 17, 2012

Hakikatnya kita tak boleh memuaskan hati semua orang. Kita tak boleh memaksa orang untuk suka apa yang kita suka. Kita tak boleh memaksa orang  untuk menerima pengetahuan kita. 

Paksa. 

Bila dah memaksa, orang takkan menerima atau melakukan secara ikhlas. 

Aku pernah menjadi orang yang sentiasa betul, yakin dengan statement yang aku keluarkan, orang lain semua salah, aku yang paling bagus, aku perlu menjadi outstanding, aku perlu tunjukkan kehebatan aku. 

Pengalaman. 

Disebabkan aku pernah menjadi manusia yang sungguh menjengkelkan, aku belajar dan menjadi orang biasa. Yang bermaksud, merendah diri dan menerima. Bukan senang untuk membuat pengakuan di atas, tapi itulah hakikat. 

Kita menggunakan otak untuk berfikir dan menilai. Tapi bagaimana cara kita menyampaikan adalah berbeza. 
Secara paksaan ataupun berkongsi. 

Paksaan itu bermaksud tidak menerima pendapat orang lain dan hujah yang dia sampaikan itu adalah 100% benar. Secara kasarnya tunjuk bagus dan sentiasa betul. Bersungguh-sungguh menunjukkan bahawa kenyataan dia sahaja yang benar. Melihat sesuatu benda secara sempit. 

Berkongsi pula adalah bercerita tentang apa yang dia percaya dan hasil dari bacaan. Menerima pendapat orang lain. Mencari kemungkinan dari segi persamaan atau perbezaan. Melihat sesuatu benda secara meluas.

--

Aku lebih suka berkongsi dengan apa yang aku tahu. Cuba tanya tentang pendapat orang lain. Bagaimana diaorang melihat. Beza dengan aku melihat. 

Sebab itu, lain orang lain rasa lain pendapat. Hidup jadi warna warni. Jika tiada pembangkang, tiadalah kerajaan bersusah payah mengambil hati rakyat. Jika tiada penjenayah, kerja polis hanya sia sia. Jika tiada keburukan, bagaimana kita hendak menjadi yang lebih baik. 

Kritikan yang membina itu pasti jika memberikan solution. Kritikan yang menjatuhkan pula hanyalah sekadar kutukan  atau dengki tanpa memberikan solution. 

Contohnya: 
Situasi 1 : Kamal  "Kau ni selekeh betul lah.  Tak mandi ke apa?  Apa nak jadi dengan kau ni haaaaa. Bau busuk macam bangkai! Menyampah betul aku nak duduk tepi kau. tak tahan betul bau babi!" 

Situasi 2: Kamal "Kau ni selekeh betul lah. Kau tak mandi ke apa ni sampai bau busuk macam bau babi. Sampai bila kau nak jadi macam ni.  Kau nak cari kerja dengan selekeh macam ni, orang tak kan terima lah. Awak pun tak nak kat kau. Jagalah sikit penampilan kau tu. Kau handsome, awek berderet nak. Kau busuk dan selekeh, bukan setakat awek yang lari, pondan pun tak nak!"

Di antara dua situasi di atas, yang mana satu kritikan membina dan  mengutuk?

Anda boleh berfikir. Saya tahu anda ada jawapan

Di sebalik keburukan ada kebaikan. Sama juga dengan manusia. Tak semuanya sempurna. Tak semua orang suka dengan kita. Tak semua orang sanjung dengan kita. Kita tak boleh memaksa orang untuk suka dengan kita.Walaupun kita berbuat baik dengan orang, tapi orang tu masih lagi dengki dengan kita. Bukan salah kita, tapi salah dia. Kita juga tak boleh salahkan dia sebab tak sukakan kita, sebab itu apa yang dia rasa. 

Kita semua memang tidak lari dari menilai. Semua. Setiap diri. Atas muka bumi ini menilai. Tapi bagaimana anda membawa penilaian itu yang membezakan. Jangan membawa penilaian itu hingga menjadi fitnah.

Contohnya:
Kamal "eiii geli betul aku dengan minah tu.   tak sedar diri, dah lah gemuk ada hati nak pakai ketat-ketat. keluar lemak sana keluar lemak sini. laki pun loya nak tengok. nak  ambil perhatian lah tu, tak lut pun. entah entah bohsia"

Penilaian yang menjadi fitnah adalah seperti di atas. Bagaimana Kamal tahu perempuan gemuk itu bohsia? Hanya sebab dia pakai baju yang ketat dan nampak lemak? Bagaimana pula dengan perempuan kurus dan cantik? 

Boleh menilai dengan cara "perempuan ni tak malu ke pakai ketat ketat tapi  lemak keluar sana sini. tak apalah confident."

Menilai dan memfitnah adalah dua perkara yang berbeza.

--
Berbalik pada topik. Kau lain, aku lain. Aku hidup cara sendiri, kau hidup cara sendiri. Persekitaran aku lain, persekitaran aku lain. Bapak aku baik tak pernah bantai aku, bapak aku kaki pukul. Mak aku  sporting, mak aku garang dan mengongkong. Aku famous zaman sekolah, aku selalu kena buli. Aku kaya boleh dapat  apa aku nak, aku miskin perlu berusaha apa yang aku nak. Nampak tak? 

Persekitaran yang membentuk diri kita. Sebab itulah kita punya rasa yang lain-lain.

Pengalaman juga berbeza. 

Pendapat aku, aku lebih menghormati orang yang banyak dugaan dari orang yang hanya memberikan fakta dari hasil bacaan. Bagaimana orang boleh memberikan nasihat tetapi tidak pernah alaminya? Bagaimana seorang doktor boleh tahu  kesan-kesan seorang penagih dadah tanpa merasainya dahulu?
Weh! Maknanya doktor pun pernah hisap dadah! Hahahahahahahahahaha

Dan tidak lah pula aku kata tidak menerima hujah dari bijaksana. Aku mendengar. Kita perlu mendengar. Mendengar setiap pendapat walaupun pegangan berbeza. Bagaimana aku menerima adalah berbeza. 

Mendengar pendapat dan ilmu dari orang sebagai knowledge. Percaya atau tidak, terpulang pada individu. Penerimaan juga berbeza. 

Berkongsi adalah lebih bagus dari membuatkan orang terdetik perasaan  jengkel. 

Disebabkan itu jugalah, cara berdakwah menentukan penerimaan. Anda berdakwah secara paksaan  atau anda berdakwah mengajak orang menjadi insan yang lebih baik? Nak buat secara terpaksa atau buat atas kerelaan hati? 

Berubah ke arah kebaikan sudah dirahmati Allah.

Remember, setiap dari kita membuat kesalahan. Bagaimana kesedaran dari silap yang kita lakukan terpulang pada caranya.  

Secara tuntasnya (ayat  karangan Bahasa Melayu zaman sekolah) wujudkan perasaan kasih sayang antara semua orang. Sentuh perasaan mereka dengan kebaikan.  Sentuh hati mereka dengan kesedaran. 

Kesemua di atas bukanlah untuk mengata orang lain atau tunjuk pandai, tapi ini adalah nota untuk diri sendiri juga. Supaya sentiasa ingat.  . 

No comments: