http://www.emailcashpro.com

Friday, November 23, 2012

Aku mahu terus hilang. Maksud hilang itu supaya tidak dikesan. Maksud hilang itu juga supaya tidak dipengaruhi mana-mana medium. Contohnya Facebook dan Twitter. 

"You takkan lupa I, dan percayalah I akan cari you balik"
"Janji you sebelum ni dah khianat macam mana pula I nak percaya dengan janji you sekarang. I tak perlu letak apa-apa harapan pun"
"I akan buktikan pada you. I akan cari you balik"

Matlumat jadi lain. Otak dah tak berfungsi untuk berfikir kerana cuba mengawal perasaan. Mengawal perasaan sedih yang amat melampau. 

Ini bukanlah kisah cinta zaman sekolah menengah. Bukanlah kisah cinta yang senang bertukar ganti. Bukanlah kisah cinta yang senang untuk melupakan. Kisah cinta yang matang. Tak mungkin aku boleh gantikan dia. Tak mungkin aku boleh lupakan dia. 

Aku cuba. 

Aku cuba sekuat yang boleh. 

Buat masa sekarang perasaan aku berkecamuk. Orang di sekeliling aku semuanya bermuka. Orang di sekeliling aku memandang aku "perempuan ni emotional sangat" 

Orang yang mendengar dan melihat tak sama dengan orang yang merasai dan mengalaminya. 

Dan bukanlah senang untuk tidak berfikir dan tidak melayan perasaan. Tak senang. Dan tak secepat itu. Segala yang aku ada sudah hilang serta merta. Keluarga juga aku kembali. Keluarga juga tempat aku mengadu kasih. Sebelum ini aku lalai. Sebelum ini aku sombong. Terlalu menjaga perasaan orang yang tak tentu bersama kita. Nah. Buktinya sudah ada. 

Di sinilah saja tempat aku mengadu. Tak mungkin siapa yang faham. Tak mungkin siapa yang mengerti. Aku nak pergi jauh. Jauh sekali. 

No comments: