http://www.emailcashpro.com

Friday, September 7, 2012

Kadang kadang penampilan dan gaya tidak mencerminkan pemikiran. 

Mungkin orang melihat aku sebagai seorang gadis yang sombong, berlagak dan itu sahaja. Mungkin orang melihat aku sebagai seorang gadis yang suka bergossip, update tentang artis, mengumpat mengalahkan Mak Jemah. Mungkin orang melihat aku sebagai gadis yang kuat bekerja, berani bersuara dan yang berkenaan. Mungkin orang melihat aku sampai tahap itu sahaja. 

Hakikatnya memang aku tak pandai berbicara secara bijak yang punyai asas ini asas ini, istilah itu istilah ini, hadis itu hadis ini, maksud itu maksud ini. Tak pandai dan lebih kepada takut. Takut sebab tak punya kecerdasan otak untuk mengingat. Takut sebab tak punya matlumat yang kukuh. Lebih banyak mendengar dari bercakap dengan yakin tetapi masih samar-samar. 

Hakikatnya lagi, penulisan menggambarkan siapa aku. 

Jika orang menilai aku adalah seorang gadis yang berfikir secara jelas seperti kebanyakan orang, jawapannya ya dan tidak. 

Jika soalnya samar tetapi mesejnya jelas, ya aku boleh terima. Jika soalnya kosong jadi mesejnya hilang, aku tak boleh terima. 

Senang. 

Dengan perlekehkan aku, membuatkan aku rasa tak senang jadi aku diam. Lebih baik buktikan secara nyata dari buktikan dengan bercakap secara gah dan hanya angin membawa lalu pergi. 

No comments: