http://www.emailcashpro.com

Friday, August 31, 2012

Cerita pendek di bawah adalah hak milik kekal saya. Tolong jangan cuba curi, sebab jari jemari saya sakit kerana menulis di atas kertas dahulu selama setengah jam. Tahu tak betapa sakitnya jari jemari setelah berapa lama tidak memegang pen dan mengarang? 

--

Hari minggu hari Sabtu Mariana duduk seorang diri di meja batu sambil membaca novel. Hari minggu hari Sabtu tidak semeriah hari biasa kerana semua orang melepaskan rindu bersama keluarga di rumah. Bunyi motor lalu lalang pun susah untuk mendengar, apatah lagi mendengar lagu RnB dipasang kuat-kuat oleh pelajar yang tak ada sifat bermasyarakat pada tengah malam. Nak cari makan sedap sedap pun susah, perlu naik bas untuk ke bandar (hanya untuk orang yang tidak cukup duit memiliki kereta). Duduk di ceruk hutan, dan tiada pembangunan memang macam ni. Walaupun tempat belajar di ceruk hutan, tiada pembangunan, tiada hiburan, pengangkutan awam yang pandang sebelah mata, tapi tempat ini begitu dikenali ramai. Oh ya, ingat lagi wanita Cina yang dibom? Itulah sebabnya. 

Mariana sedang kusyuk membaca novel. Datang seorang lelaki yang kebetulan lalu di situ, Wanfi. Wanfi berhenti dan melihat Mariana seorang diri di meja batu. Entah kenapa Wanfi begitu senang melihat rupa Mariana. Begitu manis tambah lagi memakai selendang. Wanfi terus datang ke arah Mariana dan tidak segan duduk di depan Mariana. Mariana terkejut hanya memandang Wanfi. Tidak senyum, tidak bertanya apa. Mariana terusan membaca tanpa menghiraukan Wanfi yang datang secara tiba-tiba. 

Wanfi menyapa, "Hai"

Hanya bunyi kucing bergaduh yang kedengaran. Mariana masih kusyuk membaca. 

"Assalammualaikum" Wanfi memberi salam. 
"Waalaikummussalam" balas Mariana tanpa memandang Wanfi. 

Wanfi gelak gembira. 

Sepuluh minit tanpa berbicara. Akhirnya Wanfi bangun dan berlalu pergi. Mariana tidak menoleh tidak peduli dengan kedatangan mahupun kepergiaan Wanfi. 

Setengah jam kemudian, Mariana terasa nak minum milo ais kaw di kedai ibu. Sedang Mariana meletakkan novel di dalam bagnya, Wanfi muncul secara tiba-tiba. Kali ini Mariana betul-betul terkejut. Wanfi senyum lebar sambil memegang gitar. Mariana mengeluh sambil membuat muka menyampah. Mariana bangun dari kerusi dan bersedia untuk pergi. 

"Saya minta awak tunggu sekejap" pinta Wanfi. Mariana memberikan pandangan pelik. 
"Sekejap je saya minta" Wanfi tidak membuang masa. Dia meletakkan kaki kiri di kerusi dan mula memetik gitar. 

Berlalunya hari demi hari...
Sayunya hatiku ini...
Tak ku sangka kau di sisiku...
Baju kurung putih berseri...Ayu...

Dan Mariana mendengar sahaja Wanfi menyanyikan lagu Ayu hingga habis. Hati terusik, maka Mariana tersenyum kerana tersentuh. Selesai menyanyi, Wanfi menyelak baju belakangnya dan beri bunga ros putih pada Mariana. Mariana yang tersentuh mengcegil mata kerana terkejut. 

Mariana mencapai bunga ros tersebut. Mariana mencium dan bau bunga ros tersebut. Terlalu menikmati kewangian bau bunga ros hingga memejam mata. Celik saja, Wanfi berlalu pergi. Tak sempat untuk berterima kasih, ada sekeping nota di atas meja. 

Kalau setiap minggu awak ada di sini dan membaca saya akan datang. Awak tak mahu berbual, saya tak kisah. Janji saya boleh temankan awak, menatap muka awak. Kalau awak bosan, saya boleh main gitar nyanyikan lagu untuk awak pula. Terima kasih sebab buat hati saya senang dengan hanya melihat awak...

Mariana lipat kembali nota tersebut. 

Minggu hadapan hari Sabtu. 

Mariana seorang diri membaca novel di meja batu. 

Dua jam kemudian...

Mariana masih seorang diri membaca novel di meja batu.

Empat jam kemudian...

Kepala terasa rintihan hujan. Mariana merenyokkan nota dan mencampaknya ke tepi. Mariana berlalu pergi. 

Minggu lagi satu hari Sabtu.

Mariana tidak lagi duduk di meja batu dan membaca. Macam budak-budak lain, Mariana mahu melepaskan rindu bersama keluarga. Sedang saja Mariana turun tangga yang terakhir kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk di meja batu. Mukanya tidak kelihatan. 

Mariana menarik bagnya perlahan-lahan. Entah kenapa jantungnya berdegup laju, mengharapkan itu Wanfi. 

Lelaki yang duduk di meja batu itu akhirnya menoleh. Memang yang dah dijangka. Bukan Wanfi. Entah kenapa Mariana rasa kecewa, hati terasa menyucuk. Sedangkan Wanfi pun dia tidak tahu nama, apatah lagi untuk berbual. 

Mariana mengeluh panjang. Dia patut tahu bahawa Wanfi hanyalah lelaki yang klise hanya berayat manis dan main-main. Mariana menyalahkan diri sendiri kerana menunggu Wanfi minggu lepas dan kesudahannya, hati sendiri yang sakit kerana mengharapkan orang yang tidak dikenali untuk hiburkan jiwa. 

Mariana melepasi lelaki yang duduk di meja batu itu. Lelaki di meja batu itu hanya memandang Mariana menarik bag. 

Tiba-tiba sahaja, bunga ros putih di depan mata. Sekujur tangan sedang memegangnya dari belakang. Mariana terus menoleh ke belakang. 

Berdirinya Wanfi yang tersenyum. Ikutkan hati Mariana mahu saja dia tampar Wanfi, tapi Wanfi bukanlah boyfriendnya buat apa dia nak marah tak tentu pasal. Mata Mariana tertumpu pada tangan kiri Wanfi yang bersimen. Melihat mata Mariana yang cegil bermaksud apa dah jadi...

"Minggu lepas masa saya on the way datang nak tunaikan janji, saya accident motor. Saya tak sedar diri lima hari, tangan kiri saya pula patah. Bila sedar, satu-satunya perkara yang saya nak buat ialah cari awak. Saya tahu awak mesti ingat saya tipu. Kalau awak tak percaya awak, saya boleh tunjuk surat doktor, awak pun boleh cakap dengan mak saya. Saya mana ada nombor telefon awak. Saya bersumpah saya memang rasa bersalah biarkan awak sorang-sorang dekat sini minggu lepas"

Mata Mariana sudah bergenang. 

"Mana awak tahu..."

Belum sempat Mariana menghabiskan ayat,

"Sebab saya percaya awak"

Mariana membisu. 

"Betul kan awak ada dekat sini minggu lepas? Jawablah. Kalau tak, saya ni perasan je"

Mariana membisu lagi. Mariana menatap muka Wanfi yang calar balar. Dia tidak perasan pada mula dia menoleh mungkin kerana dia terlalu marah. Keadaan dia memang teruk. 

"Maknanya betul lah saya ni syok sendiri" nada Wanfi bertukar sedih. Mukanya berubah serta-merta. 

Mariana terus mencapai bunga ros putih di tangan Wanfi.

"Maknanya awak lama lah tak boleh main gitar untuk saya" kata Mariana sambil mencium bau bunga ros putih. 

Tamat. 

--

Sekian dan kamu sedia maklum bahawa saya sungguh syok sendiri. Maklumlah Wanfi kenyataan tak romantik begini, apa salahnya buat cerita untuk gembirakan hati. 

No comments: