Sunday, June 10, 2012

Alhamdulillah syukur Allah kurangkan kesakitan. 

Sudah dua minggu aku dalam keadaan yang tidak sihat. Dua minggu aku terlantar di rumah. Dua minggu aku merasa perit. Dua minggu setiap malam aku menangis berdoa kepadaNya. 

1) Gastric
2) Tonsil
3) Keracunan makanan
4) Tonsil

Memang dugaan yang Tuhan turunkan sangat dahsyat apatah lagi bila Aiman berjangkit dengan aku. Muntah-muntah dan cirit-birit. 

Malam tadi adalah malam kemuncak apabila sudah bermacam ubat aku telan, walaupun nak telan air liur punyalah akit eh termanja pula, sakit...aku muntah darah. Minum air rasa pahit, rupanya aku terminum darah. Aku muntah berkali-kali. Keluar darah. 

Menangis teresak-esak macam budak kecil, aku mengeluarkan setiap rasa pahit.

Pagi ini alhamdulillah, Allah telah kurangkan sakit aku. Aku boleh makan dengan tenang. Aku dah boleh makan makanan kegemaran aku.

Yang paling utama adalah, I BOLEH KARAOKE. 

Jadi nasihat aku adalah, jagalah kesihatan anda semua. Jaga pemakanan. Siapa sangka aku turun 5 kg dalam masa 2 minggu ni. Muka dah cengkung, dah tak nak makan nasi pula tu. Kau ada?

No comments: