http://www.emailcashpro.com

Monday, May 28, 2012

Dah habis gastric, tonsil pula yang datang. Dugaan, mungkin Tuhan mahu hapuskan dosa-dosa kecil aku. Maka dengan rasminya begitu banyak dosa aku sebab sakit tak berhenti.

Sakit tonsil dengan gastric, tonsil paling teruk. Sebab...

1) Sakit telan air liur
2) Sakit minum air
3) Sakit telan makanan
4) Susah nak tidur

Memang aku angkat ibu jari kanan tanda bagus. 

Dengan sakit badan, jangan cerita tentang sakit hati.

Buat masa sekarang, aku tak boleh nak fikir apa sebab aku lebih pentingkan kesihatan aku. Aku lebih perit menanggung tonsil dari melayan penipuan di depan mata. 

Karma.

Aku tak boleh nak bercerita pada kawan-kawan terdekat, sebab aku tahu diaorang akan balas "kau pun buat benda yang sama" , "dua-dua cari pasal"

Aku akan sakit hati sendiri.

Aku hanya menanti rayuan dia, keyakinan yang dia akan beri. Tak ada. Maka kau pergilah dengan perempuan yang kau dah mula suka itu. Tak apa, aku dah besar. Aku boleh tanggung sakit. 

No comments: