http://www.emailcashpro.com

Friday, June 15, 2012

Kelakar bila orang mudah untuk menipu dan bila buat sesuatu kesalahan, akan naik marah dan maki kemudian salah itu letak pada diri kita yang sedang terseksa. 

Kelakar bila orang mudah untuk lari dari kesalahan, dan mencetuskan pergaduhan maka pergaduhan itu akan berbalik kepada kita (perempuan) yang mudah emosi ini, dan kemudian kita (perempuan) akan meminta maaf atas silap yang kabur. 

Kelakar bila kau sengaja memperbesarkan hal yang sebesar zahra, kemudian kau pandai memutar belitkan kenyataan yang ada depan mata. 

Aku yang terkebil-kebil melihat, memegang dada, mengerut kening dan dahi cuba untuk memahami tapi kau masih beri aku celaka. Segala perbuatan kau yang ada depan mata, secara perlahan aku melihat. Semakin sayup suara kau yang memaki hamun aku. Semakin kecil kehormatan aku terhadap kau. 

Aku ni siapa? 

Berkali-kali kau menipu, dan berkali itulah aku masih lagi memberi muka tunjuk pada semua orang "aku jilat apa aku sudah ludah" 

Aku jilat apa yang aku sayang, tapi ternyata ludah tetap kotor kalau dijilat banyak manapun. 

Kau mungkin tak tahu bagaimana aku melihat dan merasa, dan bagaimana aku boleh tahu melihat dan tahu merasa. Kau mungkin tahu, tapi kau pura-pura lupa, atau kau memang dungu?

Aku sudah dikurniakan Tuhan, "tiada siapa yang mampu menipu aku"

Dan anugerah itulah, aku hanya simpan dan cuba menjadi manusia yang memang harus kena tipu dan belajar dari penipuan. 

Ikut penipuan, agar kau tahu erti manusia yang berpura-pura. Agar kau tahu erti kesabaran. Agar kau tahu erti belajar dari kesilapan. 

Silap apa kali ini aku tak tahu, dan berulang-kali tayang audio mengatakan "aku dah cakap" ah sudah! Aku tahu itu semua, tapi aku pun sedungu kau.

Aku beri tepukan gemuruh kepada kau, kerana kau memang pelakon terhandal di abad ini. Kau memang mampu masuk Anak Wayang ataupun Pilih Kasih. Kau handal sebab kau mampu butakan mata aku dari melihat penipuan kau, dan butakan hati aku dengan menyayangi kau.

Aku tak menyesal dengan memberi hati dan perasaan terhadap kau, cuma satu sahaja aku tanya. 

"Kenapa perempuan mentah itu juga kau tak sanggup tinggalkan?"

No comments: