http://www.emailcashpro.com

Thursday, May 17, 2012

Kejadian di depan mata aku sekarang ialah mendengar mummy berceloteh dengan Wanfi di meja makan. Wanfi pun dari sejam yang lepas tak berganjak. Ikhls agaknya melayan mummy borak. 

Aku yang sedang ketak ketuk ketak ketuk ni sedang menahan sakit perut. Aku baru lepas keluar dari hospital Ampang Putri atas sebab gastric yang melampau. Lagi sekali buat skop (kamera kecil masuk dalam perut melalui mulut), dan buat ultrasound (ala-ala check baby dalam perut)

Doktor kata, "dont take any supplimentary that is not recommended by doctors. Awak tak gemok pun, kenapa nak ambil ubat kurus"

Ya tengok dua post aku yang lepas, disebabkan ubat tersebut aku gastric teruk. Rasa urat-urat perut ditarik. Pedih. 

Dan kemudiannya, jatuh sakit pula di hari keesokannya aku shooting. Disebabkan aku memang komited dengan kerja, sambil nurse ambil darah sambil tu aku sibuk mencari orang untuk mengganti aku, pastikan semuanya ok untuk keesokan harinya. Mujur Mariam ada untuk tolong ganti tempat aku. 

Sibuk tot tet tot tet tak sudah, padahal urat pun berirama macam jari aku menaip di Blackberry. Terang satu-satu pada Faliq. 

Sedihnya bila, ada juga manusia yang tak berperikemanusiaan tidak percaya yang aku sakit mengatakan bahawa aku sengaja mencari alasan untuk tidak datang kerja. Ya Allah. 

Kalau nak tahu itulah director aku yang tak semegah mana pun. 

"Halaaaa aku dah lama lah dalam industri, alasan macam tu dah selalu pakai dah"

Kalau kau dah lama dalam industri kononnya, berapa lama pula kau punya hati manusia? 

Dek kerana terpengaruh dengan kata-kata pengarah aku yang serupa haiwan pink hidung penyek, assistant director pun turut tak percaya. 

"Hello Joe, aku masuk wad ni, bla bla bla bla"
"Oyeke, habis tu esok macam mana?"

Rasa nak tepuk dahi bila menginginkan dia bertanya "Kau ok ke tak? Sakit macam mana?"

Manusia macam ni memang aku malas nak mengadap sudah. 

Tak apa, aku mendoakan agar Tuhan rahmati hidup kamu berdua. Lepas ni kalau aku hanya diam membisu tidak menjawab sebarang pertanyaan kau, jangan tanya kenapa. Tolong malu sendiri. Tuhan akan tunjuk kebenarannya satu hari nanti. 

--

Terima kasih kawan-kawan yang tot tet ucap "get well soon"

Tetap terasa hati sebab hanya seorang sahaja yang datang melawat, Nur Liyana Wahid. Memang lah aku masuk hospital bukan sebab kemalangan atau kecederaan yang serius, tapi tetap aku tahu siapa kawan waktu susah, siapa kawan untuk celaka. 

Terima kasih.

No comments: