Saturday, January 21, 2012

Nak genggam tangan rasa sakit, sebab jari bengkak-bengkak. Akibat dari tumbukan ke pintu. Rasanya kira-kira dah lima bulan aku tak lepaskan kemarahan macam ni. 

Ajune, Ana dan Hana pertama kali melihat aku melepaskan kemarahan dengan cara macam ni. Tak biasa. Tapi kalau dengan kawan-kawan kampus, diaorang faham. Hanya seorang yang berani memeluk aku bila aku dalam keadaan marah yang tak boleh nak dikawal, Ain Anisah Putri. 

Aku tak menyalahkan sesiapa, sebab kali ini memang silap sendiri. Aku rasa meluat dan rasa "why am I being so fucking selfish and idiot!" 

Benda yang aku paling takut sekali, adalah sakit dan jatuh sendiri. Sebab itu aku terpaksa mementingkan diri sendiri, sedangkan setiap kali itu aku rasa jijik dengan diri sendiri. Aku terpaksa, semata-mata tak mahu meletakkan harapan yang tinggi yang boleh membuatkan aku jatuh berkali-kali. 

Aku dah beri peluang, di mana peluang itu diguna baik olehnya. Tapi aku salah gunakan pemberian peluang itu, dengan melarikan perasaan serius, dengan itu aku membuat perkara yang tidak sepatutnya. 

Aku perlu kembali ke normal track di mana aku tak perlu berhadapan dengan masalah-masalah yang aku sendiri buat. 

1 : "sayang betul kau dekat dia"
2 : "nampak sangat you sayang dekat dia gila babi sebab sanggup mencederakan diri sendiri"
3 : "sayang sangat sampai sanggup buat benda bodoh"
4 : "you sebenarnya cintakan dia sangat"

Kalaulah dia sendiri yang dengar apa yang diperkatakan oleh kawan-kawan aku sendiri. Aku sendiri tak tahu nak cakap apa, hanya mampu senyum sedih. Ikhlas tapi tak puas. 

Seauta mana dia cuba lakukan, tapi aku tetap rasa dia juga yang terbaik. Lelaki terbaik yang pernah aku ada, walaupun macam-macam benda bangang dia pernah buat atau cakap, macam-macam benda bangang aku melepaskan kemarahan dengan cara menumbuk sana-sini, menghempas sana-sini. Tapi dia juga yang aku rasa terbaik. 

Susah nak cakap, sebab sendiri yang rasa. 

Aku percaya sekarang karma sudah datang, dan aku perlu bersedia walau macam mana carapun. 

3 comments:

Puteri Lanun said...

kimi...jgn lah men tumbuk2 lg...nt kau yg sakit...cukup2 lah tuh...aku x nk tgk kau terus sakit...

Payung said...

hehe, sayang juga kau dekat aku ya teha. ingat kau dah lupa

Puteri Lanun said...

mane leh lupa mariana shahira oi...serumah, sebilik, dgn kau...aku x suka tgk kau sakit...tgk kau down sbb mr.W tuh...come on kimi, kau boleh dapat yg jauh lebih baik dari dia...