http://www.emailcashpro.com

Monday, January 16, 2012

Disebabkan tidak mahu lagi duduk rumah berlengang dan juga dicaci kerana tidak bekerja, maka dengan ini aku mengambil keputusan untuk menjadi pendidik walaupun tidaklah sedidik megah mana pun. 

Amin.

InsyaAllah esok pagi, Allah permudahkan segala urusan dan murahkan rezeki aku. Amin. 

Dan tak pernah sesekali aku memaling kebelakang ataupun mengkhianati benda yang aku minat. INDUSTRI FILEM. 

Mungkin sekarang bukan rezeki aku untuk berada dalam industri, dan Tuhan tunjukkan jalan lain yang boleh mendapat duit dengan cara yang halal. 

Atau mungkin ada hikmah kenapa semenjak dua menjak ni, dalam hati dan perasaan menjerit keriangan nak jadi pendidik. Tak percaya tanya kawan-kawan Puncak. Tak percaya tanya kawan-kawan Puncak Damansara. Tak percaya tanya mummy dan papa. Bagaimana aku sering kali tanya soalan yang sama "macam mana kalau kimie jadi cikgu? ok tak?" 

Reaksi pertama : Gelak
Reaksi kedua : Mata terbeliak
Reaksi ketiga : Mengangguk
Reaksi keempat : Kena bahan
Reaksi kelima : Senyum bangga

Kelima-lima reaksi aku dah dapat.

Jadi...insyaAllah. 

1 comment:

Mohamad Hj Yawmon said...

i sentiasa mendoakan yang terbaik untuk you...