Tuesday, January 24, 2012

Aku percaya karma sudah datang. Aku tak menafikan aku memang dah buat onar. Onar yang aku sendiri sakit.  Tapi masih itu aku buat, sebabnya untuk mengelakkan dari menaruh harapan. 

Tengok tu. Aku dah mula rasa sakit. Sakit sendiri yang cetuskan. 

Aku kena juga berdepan, sebab ini adalah balasan atas perbuatan aku sendiri. Seikhlas hati aku tak mahu dia pergi, tak mahu kehilangan Mr.W. Tapi Tuhan itu adil, Tuhan itu sayangkan umatnya. Mr.W berdoa dengan seikhlas hati dan buat solat istiqarah, datangnya jawapan dalam mimpi kemudian bertanya pula pada empunya badan. 

Kepala berpinar "apa aku nak jawab"

Dia sakit mendengar, aku sakit menyakiti dia dengan kejujuran. Apa lagi aku nak jawab. Apa lagi aku nak tipu. Sebab apa aku jadi macam ni. 

"I minta maaf sangat W, I tak tahu kenapa I jadi macam ni. Mungkin sebab dia ada apa yang you tak ada"

Puck. 

"Tapi I tak pernah curang you dengan perasaan, sebab I sayang you sangat W. I tak nak hilang you. I tak nak you pergi. I sayang you sangat. I tak pernah nak letak apa-apa perasaan dekat lelaki tu"

Apa lagi aku nak jawab. Menangis-nangis aku beritahu pada dia. 

"I memang pergi club, tapi I tak minum. Sebab I suka menari, I suka lagu-lagu dia, I suka enjoykan diri I"

Dan kemudian dia mula bersuara, "apa nama lelaki tu?"

Puck lagi sekali. 

Apa lagi benda berat yang harus aku suarakan pada dia? 

"Dalam mimpi cakap, minta I berhijrah. Tinggalkan you, cari orang lain"

Dengan berat hati tapi ringan mulut aku menjawab "tak apalah, memang betul apa mimpi you. seeloknya pergilah cari perempuan yang lebih baik dari I. I dah banyak buat dosa dengan you, bukan setakat dengan Tuhan" 

Ya Allah (baru sekarang nak minta dengan Allah)

Keputusan ini, bukan hanya aku seorang. Tapi kami berdua. Tergantung tetapi aku pasti ini adalah episod terakhir hubungan kami berdua. Aku dah banyak buat silap. Silap yang memang tidak boleh dimaafkan. Cuba aku letakkan diri aku di tempat dia. Mahu aku menghempas pulas dengan kata-kata. Mahu aku lemparkan dia kata-kata kesat kemudian menunjukkan jari tengah. Aku memang berhak dibenci. 

Minta maaf. Hanya itu yang aku mampu sebut. Minta maaf. 

4 comments:

Puteri Lanun said...

kimie...sabar lah..ada hikmahnya...but, jgn men tumbuk2 lg...x suke lah tgk kau tumbuk sane tumbuk sini..tp aku fhm, luke di tgn kerana menumbuk x kan same dgn luka di hati yg x de sape nmpk...be strong kimi!

Payung said...

betul tu. luka dekat tangan boleh baik, tapi luka dekat hati susah. aku cuba

mohamad 'may' yawmon said...

i ada ubat luka dihati, luahkan pada kawan-kawan. bercuti sama-sama, kongsi kisah suka duka. atleast, tak lah memendam sorang-sorang! kami ada!

Puteri Lanun said...

aku taw...tamao lah mcm tuh..kau kan kuat...sabar lah...jgn ikutkan perasaan...aku taw mr.W terlalu bermakna pada kau...tp aku rase better kau lg syg diri kau sendiri...thinking positif k...fikir pasal mummy and adik2 kau...kau masih ada keluarga yg sayang kan kau...