http://www.emailcashpro.com

Friday, January 13, 2012

Hai para blogger, dan juga pengunjung blogger. 

Walaupun di rumah Damansara, dah ada WiFi atas ikhsan dari Fahmi masih lagi susah nak bukan blog sendiri. Haih maaf Neverland, saya memang lupa awak sekejap. Tapi awak tetap menjadi pendengar setia saya. 

--

Kebelakangan ini, belakang aku asyik sakit. Pertama kali sakit belakang, doktor tak dapat nak tafsir sebab apa. Sama juga dengan kali kedua. 

D : Saya pun tak tahu sebab apa, mungkin sebab muscle. 
K & W : ????

Untuk kali kedua sakit belakang, aku tak berdaya nak bangun apatah lagi bergerak. Nak kejut housemate kesian sebab diaorang kerja esok pagi. Terpaksa minta tolong dari Mr.W. 

Rasa terharu dan beterima kasih pada Mr.W sebab dia lah mendukung aku, menyalin baju aku macam orang tua lumpuh yang tak mampu nak buat apa, iring aku macam orang nak bersalin. Meleleh-leleh air mata sepanjang berjalan sebab sakit Tuhan saja yang tahu. Ramai yang tak percaya aku sakit belakang, hingga kata "drama lah Kimie ni"

Rasa apa? Rasa nak ludah mencurah-curah pada muka orang yang cakap macam tu. 

Pergi hospital, doktor tanya soalan macam polis. Sedangkan sakit dah mencucuk-cucuk. Sampai Mr.W pun dah naik bengang. 

"Pukul berapa tu sakit?"
"Kemuncak sakit tu pukul berapa?"
"Skala 1 sampai 10, awak tahu kan sakit bersalin macam mana?"

Sakit bersalin? Aku nampak macam dah bini orang yang dah ada anak ke? T__T

"Macam mana tu boleh sakit"
"Sakit awak tu tarik-tarik ke, cucuk-cucuk ke macam mana?"
"Kenapa malam baru sakit?"

Huuuu haru dengan pertanyaan doktor yang mencurah-curah sedangkan dalam kepala dah menjerit HOI CEPATLAH BAGI AKU PAIN KILLER. DAH RASA NAK MATI NI. 

Terima kasih pada hospital kerajaan yang hanya membenarkan pesakit membayar RM1 sahaja untuk pendaftaran, tetapi layanan pun sama 'murah'. 

--

Mom di rumah dah macam hindustan...

M : Kakak balik lah Wangsa Maju, jom pergi specialist. Tengok apa sebab asyik sakit belakang. Mom risau ni. Tak payah lah dah duduk Damansara tu. Duduk sini teman mom

T_________________T"

No comments: