http://www.emailcashpro.com

Thursday, January 26, 2012

Alhamdulillah. 

Mungkin ada hikmah kenapa Tuhan turunkan dugaan macam ni. Untuk aku sedar, bahawa untuk meminta pertolongan haruslah menjaga perhubungan dengan Allah. Jika kita menjaga hubungan dengan Allah, insyaAllah Allah akan menjaga kita sebaiknya. 

Allah itu Maha Penyayang. Kita buat dosa, dan setiap kali lupakanNya, Dia tak pernah lupa untuk menolong kita. 

Alhamdulillah. Aku jahil dulu. Buat dosa tak henti. Bukan hanya dosa pada Tuhan, dosa pada manusia juga. Terdetik dalam hati "aku kena mula solat" 

Walaupun tak lengkap lima kali sehari, kita mula perlahan-lahan. InsyaAllah Tuhan akan membantu kita, jika kita ikhlas untuk berubah. Bersyukur sangat bila Tuhan dengar sakit hati aku "Ya Allah, kau bukakanlah hati Wanfi untuk menerima aku semula. Aku berjanji aku akan cuba berubah, dan perlukan pertolongan dariMu Ya Allah" 

Alhamdulillah. Mr.W beri peluang kepada aku untuk berubah, dan dia akan cuba berubah supaya memberi perhatian dan juga menjaga aku. Sebelum ini dia hanya memandang aku sebelah mata. Ada sebab kenapa benda ni terjadi. Mungkin sebab untuk menyedarkan, kesilapan akan muncul. Dugaan. 

Mungkin sesetengah dari kamu akan kata "halah kejap je tu berubah", "poyo gila minah ni, pergi clubbing bagai nak cakap pasal Tuhan". Sedar tak kamu yang perkataan keluar dari mulut kamu itu menunjukkan kamu jahil? 

Aku minta untuk Mr.W bantu aku berubah, "Kalau I nak pergi club, ikut I. Tengok I. Macam mana you tak suka pun, ikut. Supaya you ada dengan I, bila I buat benda yang you tak suka"

Mungkin orang kata "pergi clubbing mabuk lah tu", kau silap. #Taksemestinya pergi club kena mabuk (Twitter)

Susah sebenarnya. Sakit sebenarnya untuk berubah. Perlu ada sokongan dari orang lain. Supaya terus berubah ke arah yang lebih baik. Permulaan berubah ini banyak kali fikir sebabnya aku masih tak puas #jujur (dah kenapa kena ada # ni?) 

Aku tahu aku kuat. Dan aku memerlukan masa untuk berubah. 

5 comments:

Mohamad Hj Yawmon said...

Alhamdulillah. Tuhan dah bagi hidayah pada you. Doakan i pula!

Anonymous said...

kimie, tunjukkan pada dia kau adalah yg terbaik k...and igt, jgn men tumbuk2 lg...nt tgn patah baru tau walaupun aku tau bile dah patah baru kau puas...adeh...huhu..ubah lah mane yg boleh...jadikan peluang ni satu peluang utk kau betul2 jadi Mrs. W...eh...hehehehehehehehe

Neverland said...

hehehe, thanks to both of you. love you guys lots

Anonymous said...

love u too bebeh...huhu

Ikha Razali said...

blogwalking. :)

and alhamdulillah.