Wednesday, January 25, 2012

Aku tak pernah merayu sebegini rupa kerana ego mengatasi segalanya. Tapi kali ini lain. Rasa menyesal lain macam. 

Merayu macam mahu keluar dari penjara. Merayu supaya tidak duhukum gantung. Merayu dan minta belas ikhsan. Merayu pada insan normal untuk mengulurkan duit pada pengemis.

Aku merayu untuk diberi peluang lagi. Peluang yang sendiri tak pasti jika digunakan sehabis baik. Aku tak sanggup mahu melepaskan dia. Bukan sekarang. 

Pentingkan diri? Mungkin ya, mungkin tidak. 

Macam-macam perkara gila dalam kepala. Nak saja aku pergi ke Taiping sekarang ni. Sanggup melutut dan buat apa sahaja. Sanggup dimaki, sanggup dipukul, sanggup juga jika dia hendak buat perkara yang sama asalkan tidak tinggalkan aku. 

Bunyi macam desperate sangat. Tapi itu jujurnya. 

4 comments:

mohamad 'may' yawmon said...

kenapa ni you? apa dah berlaku? sampai merayu2 segala ni! janganlah! risaulah i tengok you macam ini! :(

Payung said...

Am a strong woman. I know I can handle this. Thanks may for concern :')

mohamad 'may' yawmon said...

strong woman konon! strong-strong macam mana pun, you kena ada yang peluk sebab masa peluk tulah you akan rasa lega. ada kawan dapat cerita nangis depan-depan pun okay juga kan? tapi i jauh, nak juga dengar cerita you. kan kita dah janji nak jadi kawan sampai bila-bila. tak kanlah dalam kes macam ni, i just nak baca saja dan tak tolong apa-apa. atleast, jadi pendengar yang setia pun dah cukup. kalau you perlukan i, call saja okay? i'll be there for you... i'm your friend right?

Payung said...

hehehe ayat hanjing sangat tau may. i know you will be there whenever I need. Thanks my friend, thanks coke :p