Thursday, October 27, 2011

Its a wrap! :) :) :)

Masa mula nak jalan menuju ke pentas, semua orang nak terkencing menggigil-gigil sebab takut buat salah depan khalayak ramai, takut terjelepuk muka depan khalayak ramai, takut senyum salah, takut kalau salam VC tak hulur pula.

Tiba-tiba bila lihat skrin, seorang graduan perempuan memakai kain belah sampai nampak ke peha tetapi memakai tudung o.O"

Turun pentas muka masam. Mungkin sebab kena tegur ataupun sebab dia perasan sendiri yang kain dia terbelah sangat dahsyat.

Apa yang penting, BUKAN FAKULTI KAMI.

Rasa nak menangis sebab dad sangat baik hati belikan bunga, sangat baik hati bawa I dengan mom makan tengahari di Concorde.

Mungkin ini kali terakhir dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang tak berapa nak rapat, sebabnya lepas ni semua orang bawa haluan masing-masing.

Memang sebak bila tengok Fariz sanggup datang tengok Sue, Rizal sanggup datang tengok Teha, dan pakwe-pakwe yang lain yang menunggu gadis-gadis mereka sambil memegang bunga.

Kalau nak diharapkan yang itu, memang tak ada. Aku cuba lagi untuk bertahan kuat :)

Terima kasih kepada Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik :) :)

1 comment:

mohamad 'may' yawmon said...

i akan ada! jangan lupa, i ADA datang jumpa you. sebab, i sayang you, masih!