http://www.emailcashpro.com

Thursday, November 3, 2011

Konsep I senang saja.

Kalau you mahu orang hormat you, terlebih dahulu adalah you menghormati orang lain dahulu. Tak kisah kalau you dah berumur atau apa, sebabnya I rasa kehormatan itu bukan terletak pada umur, tetapi pada sikap dan sifat.

Situasi A : Pak cik guard dan Kimon

Kimon : Salam Pak Cik! (angkat tangan) nak tanya boleh tak kalau kami parking dalam?
Pak cik guard : Eh eh suka hati kau je nak parking dalam, mana boleh!

I rasa I dah highlight mana isi yang penting dan juga tanda hormat. Tetapi pak cik balas lain pula? Maka dengan itu hilangkan kehormatan aku.

Situasi B : Bos dan Kimon

Bos : Kimie balik ambil cash tiket tu, sebab duit tu nak guna bayar orang orang
Kimon : (tak reply)

I rasa dia perlu masukkan begini...

Bos : Kimie boleh tak tolong ambil cash tiket tu kat rumah, sebab akak nak guna duit tu bayar orang-orang. Terima kasih.

Lihat bagaimana dia ingin meminta pertolongan daripada kita. Dan I rasa I tak perlu nak memaki hamun.

--

Kita semua perlu menghormati antara satu sama lain. Tak kira umur ataupun status. Sebabnya akhirnya kita semua sama rata apabila kita bertemu dengan Allah kelak.

No comments: