http://www.emailcashpro.com

Saturday, September 24, 2011

Kita akan buat silap dahulu, kemudian baru kita berubah.

Satu demi satu sikap kebudak-budakan itu akan hilang, apabila kita belajar dari kesilapan. Tak kira dari segi pemikiran, percakapan, penulisan dan perlakuan sikap.

Mungkin bila awak semua pandang ke belakang balik, buka buku-buku lama, diari lama, blog post yang lama anda akan berfikir "pergh! bebudak betul ayat aku ni", "poyo gila aku ni", dan sewaktu dengannya.

Disebabkan yang lama itulah membentuk kita sekarang supaya menjadi lebih matang.

Semua orang mempunyai pendapat yang berbeza, sikap yang berbeza, citarasa yang berbeza. Baru itu lah dunia seimbang. Jika tidak ada penjenayah, tidak akan ada polis (contoh)

I melalui fasa di mana I sendiri meluat dengan sikap I yang kebudak-budakan. Dan disebabkan meluat itu lah, yang membuatkan I tak mahu buat lagi. Setiap hari I akan cuba berubah menjadi orang yang lebih positif. Sebab aura positif itulah yang akan membentuk kita menjadi orang yang lebih sihat, berguna dan berjaya.

Tak perlu kita mengenangkan nasib malang kita terlalu lama, sebab kita berhak untuk hidup gembira.

I membebel entah apa lah ni.

Ok cut.

No comments: