http://www.emailcashpro.com

Monday, June 20, 2011

Permulaan hari dan permulaan minggu dimulakan dengan tengkingan, sakit kepala dan kemudian menangis. Puas menangis sampai hingus banyak keluar.

Menangis bukan kerana seorang lelaki. Tetapi masalah keluarga.

Keluarga. (lama pandang skrin)

Jujur aku cakap aku rasa terbeban dengan tanggungjawab dimana aku perlu memikirkan tentang keperluan adik beradik. Jujur aku cakap aku boleh berdepan dan terus hidup dengan tanggungjawab tapi aku memerlukan seseorang yang memahami dan sentiasa menyokong aku. Jujur aku cakap, aku boleh menangis untuk keluarga tetapi untuk lelaki aku ralat. Jujur aku cakap aku memerlukan seorang lelaki yang boleh menjaga aku dan keluarga aku.

(mengeluh lagi)

Setengah jam aku tidur, bangun dikejutkan. Kemudian mulalah berbalah.

Jujur aku cakap, aku memang betul betul nak kaya. Duit. Siapa yang tak perlukan duit? Jangan tipu!

Mata aku berair, dada jadi sebak bila Aiman cakap..

A : Kakak bila nak pergi Genting? Aiman nak sangat pergi Genting
K : Emmm...kakak tak ada duit lagi Aiman
A : Alaaaa cuti sekolah ni tak ada pun jalan-jalan

Ya Allah. Masa itu, mahu aku peluk cium dia, dan kata "Tak apa Aiman. Kalau kita tak jalan pun, kita masih ada mummy, Nanam, Ica dengan Ojum"

Tapi aku hanya pandang pipi gemuk dan perut buncit dia, sebab tak berani nak pandang mata takut aku akan menangis.

Masa itu lah dalam kepala aku berpinar. Aku betulkan mahukan seorang lelaki yang mahu serius dan bukan hanya mementingkan diri sendiri.

No comments: