http://www.emailcashpro.com

Tuesday, November 23, 2010

Normal atau tidak jika kita berperasaan jelik terhadap teman baik lama kelamaan setelah dia menunjukkan sikap sebenar?

Rasa serba salah, sampaikan termenung sebentar sebab aku tak patut rasa macam tu.

--

Sabtu lepas, mungkin salah satu hari terbaik dalam bulan ini. Mungkin sebab aku dengan Eicha bersiap jam 3, bertolak jam 4 dan sampai di Bukit Jalil jam 4.30. Kemudian dapat seating percuma. Kemudian lagi dapat standing percuma.

K : Cha, I can feel that he was here
E : Who?
K : Teeetttt
E : Kimie tahu ke dia nak datang?
K : No

Jalan-jalan. Pandang orang sana-sini. Kutuk orang yang culture shock. Puji orang yang cantik-cantik. Dah lama tak nampak bebudak sekolah. Rupanya bersepah betul bebudak sekolah datang Shout Awards.

Bah!

Kuat betul naluri.

Dari dua orang menjadi empat orang. Sama-sama enjoy the moment. Performance memang best. Orang sekeliling pun best. Dua orang perempuan cantik yang pakai bulu mata palsu kilat-kilat pandang-pandang senyum macam nak kawan.

*malu lah*

Di depan ada budak sekolah yang manis. Cabar Eicha.

E : Saya rasa awak comel. Nama apa?

Kemudian harinya, air yang sepatut aku belanja tak sampai-sampai. Eicha dah lupa. YEAYYYYYYYYYY!!!!

Dengan meredah tak tentu hala, tak perlu bayar tol, dengan parking dalam dapat masuk free (mungkin sebab aku dengan Cha perempuan comel jadi abang tiket pandang tapi tak kata apa-apa), lepas keluar stadium berkaki ayam pergi ke kereta.

Unforgettable memory dengan Ain Anisah Putri. Macam jalan dekat wall street berkaki ayam. Sambil *tooot*

Lepas ni tak mahu angkat kaki di Bestari, Hartamas. I tak suka lah mahal-mahal ni. Bukan I berkira. Tapi tak masuk akal punya mahal tau.

Aku rasa dah lama tak cerita dalam blog tentang journey aku seharian. Yeah yeah yeah.

Aku tahu memember makan hati sebab tak ajak pergi Shout Awards, tapi kami cuma nak cakap...

"Ini semuanya tak rancang, pergi gamble, masuk free, tol free, parking free tapi kena balik masa makan Bestari"

Hambik!

No comments: