Wednesday, December 1, 2010

Aman : Betul ni nak potong pendek?
K : Betul lah
Aman : Tak menyesal ya?
K : Insyallah tak...

Ikat rambut. Sraaaappppppp. Pejam mata mengharapkan tak nampak rambut dipotong. Celik, nampak atas meja, macam ekor kuda rambut aku yang dah dipotong o.O

Disebabkan kepercayaan yang aku beri pada Aman, aku tak takut nak potong pendek. Disebabkan itu juga lah, aku memang suka dengan rambut sekarang walaupun hari-hari buka album pandang rambut panjang dulu, lama-lama-lama-lama.

Aku memang suka dengan style baru. Dari dulu mengharapkan lain dari yang lain. Minggu ni nak berjumpa dengan Aman lagi nak buat highlight. Nak tahu warna apa, tunggu gambar dulu (senyum puas)

Aman, walaupun awak pindah jauh kat Summit tu haaaa tapi saya sanggup. Sebab rambut saya selesa dengan tangan awak je :)

No comments: