http://www.emailcashpro.com

Tuesday, September 21, 2010

Semalam cepat aku tidur. Aku nak tidur lama, tak bangkit-bangkit. Tapi subuh tadi aku terjaga, terus tangan aku ligat cari handphone. Aku memang bodoh kerana mengharapkan. Bodoh bodoh aku, asalkan aku ada perasaan. Terus air mata mengalir. Bencinya. Subuh-subuh begini dimulakan dengan air mata. Terus hari aku jadi kusam.

Aku kebal manapun, hanya untuk kawan-kawan. Kawan-kawan yang boleh buat aku bangkit. Kawan-kawan yang boleh buat aku menangis menjadi gurauan. Sumpah aku kata, cukup dengan kasih sayang aku berikan dan ditadahkan pada kawan-kawan. Aku dah cukup bahagia dengan kawan-kawan. Tak kira lah, kawan yang makan kawan, kawan untuk melepak, kawan untuk kawan. Cukup asalkan aku rasa bahagia untuk sementara. Sementara aku tidak sakit. Tak perlu diingatkan.

Hari ni Ojum UPSR. Salah satu kebal, sebab keluarga. Kalau tak ada kawan dan teman lelaki, mana lagi kita nak pergi kalau bukan pada keluarga. Kalau kau dah mati esok, siapa saja yang akan uruskan jenazah kau, kalau bukan keluarga? Kalau kau dah tua kerepot pakai pampers, siapa yang akan uruskan kau, kalau bukan keluarga?

Mak dan ayah.

Dalam diari atau kamus hidup aku, aku mementingkan mummy.

Disebabkan aku terasa macam loser, aku senyum pun sebab mummy. Mummy ai lep yu.

Cukup, aku tak perlu mengharapkan. Aku memang penuh dengan kesedihan dalam hati. Tapi luar, wa rock babe. Wa jalan kengkang mana pun, huru-hara mana pun, tak ada hal punya. Dalam hati je wa sengsara. Member yang betul kenal, baru tahu apa aku rasa.

Peace.

No comments: