http://www.emailcashpro.com

Thursday, September 23, 2010

gadis tak berapa nak kecil

Bila aku dalam keadaan depresi yang amat teruk, aku akan menangis duduk di ceruk bilik. Menangis dan mengilai. Menangis dan menyakiti badan. Menangis sampai sakit jiwa. Gelak macam orang gila. Disebabkan aku tidak pandai mengawal perasaan sakit.

Tapi itu dulu.

Sekarang, aku hanya termenung. Air mata hanya mengalir dua tiga titik, tanda menyesal dengan diri sendiri. Bukan untuk orang lain. Untuk melepaskan geram, aku tumbuk diri sendiri. Kenapa aku begitu bodoh, meletakkan sepenuh hati? Kenapa aku begitu bodoh, meletakkan kesabaran pada orang yang tidak menghargai?

Kenapa aku sentiasa give, and diberi givenya hanya sedikit? Aku rasa ralat dan penat.

Penat fizikal dan mental.

Dulu ya, hati aku boleh dipijak-pijak. Tapi sekarang aku tak mahu kau memijak, tetapi kau kutip balik. Kau belai, kemudian kau beri aku dengan kasih sayang.

Sakit memang sakit. Tapi disebabkan kau yang tak pernah ambil peduli tentang aku, aku perlu langkah kaki.

No comments: