http://www.emailcashpro.com

Monday, September 20, 2010

Betul lah kata orang. Jangan terlampau meletakkan harapan yang tinggi. Sekarang ni, bila sahaja orang mula berbual, mata aku memandang tepat. Tetapi fikiran ku melayang ke tempat yang lain. Dada aku berangin. Mata aku celik. Badan aku lesu. Fikiran aku lesu.

Salah seorang teman berkata "Lebih baik kimie murung dari tumbuk-tumbuk pokok" -.-

Aku dah tidur lama, tapi masih penat. Aku rasa nak tidur lama sangat. Biarlah, aku tak menghadap hari-hari yang macam ni. Aku nak tidur, kemudian biarlah dunia hakikat mencari. Cuma aku tak mahu berdepan.

Sakit tak ada siapa yang tahu. Susah tak ada siapa yang ngerti.

Biarlah engkau orang nak kata apa, tapi aku rasa nak berhenti belajar. Mungkin susah untuk masa hadapan, cuma sakit untuk aku teruskan benda yang sukar aku tinggalkan.

No comments: