Saturday, September 18, 2010

sikap perempuan yang tak berapa berkenan

1) Kau dah tahu teman lelaki kau pergi main futsal, kemudian sah-sah lepak minum nak sembang-sembang. Yang kau pergi call banyak kali, bila dia tak jawab mula lah kau update status Facebook kau macam-macam. Memburukkan dia. Memalukan dia. Memalukan diri yang paling harus. Sebab bila kau dah berbaik dengan teman lelaki kau, kau update status sayang-sayang pula. Apa jadahnya?

Kalau aku jadi teman lelaki kau tu, aku tinggalkan je. Serius. Cuba kalau dia pula yang memalukan kau?

2) Kalau kau keluar dengan teman-teman wanita kau, ataupun kawan-kawan lelaki kau, ambil gambar semua berpeluk, benda itu jadi biasa. Bila teman lelaki kau buat pula, macam nak kiamat dunia. Konon kau kata "kenapa menggatal?", "kenapa kena peluk?", "kenapa kena jumpa?". What-the-puck ni?

3) Lelaki memang akan mementingkan kawan-kawan dia. Tapi tak semestinya dia akan berlaku curang pun. Sebab itu dah memang lumrah lelaki. Lain lah kalau dia dah menipu kau. Kau kena kenal dengan kawan-kawan dia, dan kau kena percaya dengan dia, sebagaimana dia memberi kepercayaan kepada kau. Jangan lah mengongkong dia. Sebab lelaki tak suka bila di'push'.

4) Kau fikir perasaan sakit hati kau je. Habis tu kau ada fikir betapa jeliknya dia terhadap kau yang asyik-asyik marah tu?

Weh. Tolonglah, jangan memalukan kaum sendiri. Nilah sikap perempuan. Tak habis-habis nak memalukan boyfriend sendiri. Kalau ada suami, entah macam mana entah kan? Tak perlu kau nak update status dekat Facebook kau tu. Kalau nak luah sangat, buat lah kat blog atau twitter ke.

Pfffftttt 907(*^#*$&_&8467)_$*)%*$&*@_

No comments: