http://www.emailcashpro.com

Monday, July 12, 2010

You got me

Induksi bersama junior boleh tahan. Dan buat masa sekarang, aku tak tahu di mana ingin mencari mask untuk kumpulan aku bagi persembahan final nanti. Aku dah kata. Bila berkumpul ramai-ramai macam ni, nanti adalah seorang dua yang akan menyakitkan hati.

Mental.

Bila keadaan resah macam ni, aku mula agak terkawal mungkin kerana serumah dan sebilik dengan member. Aku tak mahu menangis di hadapan mereka. Selama seminggu ini, aku menahan. Cuba untuk menikmati kehidupan kampus.

Sekarang ni hati aku tegar. Mungkin kerana lidah kelu. Mungkin kerana aku tak mahu ditundukkan lagi. Mungkin kerana aku mahu seseorang yang boleh menerima aku seadanya.

Sekarang di rumah, mummy di luar. Nak buat kejutan katanya. Tengah menunggu ketibaan mummy, sambil menahan kencing.

No comments: